Tuesday, February 3, 2009

Dua Kali Aku Menitiskan Air Mataku

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Sebenarnya, bukan dua kali saja saya menitiskan air mata. Bahkan berkali-kali. Tiap kali saya membaca kisah ini, tiap kali itulah saya menitiskan air mata, meskipun sudah membacanya entah yang ke berapa kali. Ya, cerita ini yang disalin dari sebuah buku adalah suatu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Sayydina Umar Al-Khattab. Sungguh saya tak tertahan, rasa pecah hati, terharu sangat apabila membaca cerita ini.

Dua kali aku menitiskan air mataku, adalah kerana di dalam kisah ini, ada dua tempat yang saya baca, pasti mengalirkan air mata. Justeru kawan, kalau sudah baca kisah ini, dan benar-benar menitiskan air mata, beritahulah saya. Beritahu juga bahagian yang mana membuatkan anda menangis. Yang pastinya, saya yakin ada dua tempat yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata. Bacalah kawan, dengan hatimu yang putih, paling bersih. Moga-moga beroleh rasa, Insya-Allah.



Seorang pemuda bernama Hassan, keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur. Setelah sedar dari tidurnya, didapati untanya tidak ada. Hassan lalu terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya tetapi telah mati. Alangkah hairan dan marahnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang ada di sisi bangkai unta itu. “Tetapi bukan sengaja,” sambung orang tua itu lagi. “Ketika unta ini memakan tanaman pakcik, pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Lepas itu, ia berpusing-pusing dan jatuh lalu mati.” Orang tua itu bercerita menerangkan kejadian yang sebenarnya.

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur dengan tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang tua itu dan terpenggallah leher dari badan. Hassan seakan-akan baru bermimpi tersedar dari kejadian itu dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya. Dua orang anak lelaki orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Dan Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Amirul Mukminin sendiri yang menjadi hakimnya. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, perbicaraan pun dijalankan. Sayyidina Umar selaku hakim setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu dalam beberapa hari kerana saya mohon untuk memberitahu ibubapa saya, anak isteri saya dan saudara-mara tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayyidina Umar kerana tegas dan adilnya menjawab, “Tidak. Tiada jaminan bahawa engkau datang lagi untuk menjalani hukuman ini.”

Hassan merayu lagi, “Kasihanilah saya tuan hakim. Semua orang yang mengasihi saya sedang menunggu keputusan saya. Mereka tentu tertanya-tanya kalau saya tidak pulang memberitahu tentang perkara ini.” Sekali lagi, Sayyidina Umar menunjukkan ketegasan dan keadilannya, “Tidak,” katanya.

Kali ketiga Hassan merayu, tiba-tiba salah seorang Sahabat bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan yang diberikan oleh Sahabat itu, Abu Zar, Sayyidina Umar pun membenarkan hukuman itu ditangguhkan. Dan Hassan pun dibenarkan pulang setelah menentukan tarikh yang akan datang. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biar saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.” Menangislah ibubapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut pada Allah daripada anak isteri. Dia lebih cintakan Akhirat daripada dunia.



Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu, dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya. Tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijalankan, kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan. Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hasaan yang datang, mereka bertempik: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang. Sebaik sahaja turun dari kudanya, Hassan menghadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dihukum bunuh, izinkan saya bersolat dua rakaat.”

Sayyidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku dunia dan di Akhirat.” Selesai menyapu muka, Hassan pun menghadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat yang genting itu, tiba-tiba kedua beradik anak si mati menghadap tuan hakim dan berkata:

“Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami, Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.” Mendengar itu sekali lagi, padang itu bergema dengan laungan: “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan Akhirat. Insya-Allah.

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri,” sabda Rasulullah SAW.



Ya Allah! Betapa saya tidak menitiskan airmata, berkali-kali. Cerita yang sebegini indah, yang merakamkan keagungan iman dan kasih sayang adalah satu keajaiban dalam sejarah manusia sepanjang zaman.

Anda bagaimana?

Selain kisah ini, ada satu lagi kisah yang terjadi terhadap junjungan kecintaan kita, Rasulullah SAW saat-saat kewafatannya yang menyebabkan berkali-kali saya menitiskan air mata. Ya Rasulullah, aku merinduimu, mencintaimu. Ah, bukan dua kali aku mencintaimu ya Rasulullah, bahkan aku mencintaimu yang tiada kali-kalinya. “Ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim, ya Rabbi solli ‘ala Muhammad, ya Rabbi solli ‘alayhi wassalim,” hati saya bernyanyi penuh rindu.

Insya-Allah akan saya salinkan di sini, jika sudah ketemu sumbernya. Begitulah sokmo, bila kita nak dia tak ada. Bila kita tak nak, dia ada.


Dari tarikan nafas,
@buyon

16 comments:

  1. Very nice story...keep it up.
    Jazakumullah

    Masukkan shout box or chat box lah..
    senang sikit nak communicate.

    ReplyDelete
  2. salam abg. Fauzi, terima kasih atas komentar. Shoutbox memang nak masukkan, tapi tak dan. Insya-Allah akan dimasukkan. Blog lagi satu memang dah ada shout box, abuyonx.blospot.com

    ReplyDelete
  3. a story which make me same like you..

    terharu dengan kejujuran dan keikhlasan umat Islam terdahulu.. masihkah dapat kita lihat insan seperti Hassan dan Abu Zar kala ini?

    wallahu a'alam. hanya Allah yg Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ... ya masih ada lagikah insan seperti Abu Zar misalnya. Abu Zar di zaman Usman, hidupnya seolah-olah dipinggirkan lantaran jujurnya beliau yang selalu menegur sesiapa sahaja.

    ReplyDelete
  5. Salam. dah tahu dah dua tempat tu.

    ReplyDelete
  6. Salam..saya pun sama..kalau baca cerita tentang kewafatan Rasulullah S.A.W airmata otomatik keluar tak boleh tahan..walaupun dah bnyk kali baca..Betapa Cintanya para sahabat terhadap Rasulullah S.A.W.Betapa cintanya Rasulullah S.A.W terhadap umatnyaa..Bisakah kita mencintai Baginda sebagaimana Baginda mecintai umatnya..Semoga Allah memberikan kita cinta dan kerinduan itu terhadap Baginda.

    ReplyDelete
  7. Salam, moga airmata itu menjadi hujah dan saksi kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW .. ya Rabbi solli `ala Muhammad ..

    ReplyDelete
  8. masyaalah...
    begtu syhdu cerite ne...
    berair mate sy saat mmbce..
    begitu besar kasih syg antre mnusia, haiwan, sekeliling kita...i.allah..selagi kita ikhlas..selagi itu DIA ade untuk mmbantu kan?
    subhanaallah...
    allahuakbhar~!!!
    ~makshe en, kerna sudi share cerita sebegini..

    ReplyDelete
  9. Syukur Alhamdulillah, saya juga menitiskan air mata.,ia mengalir sendiri tanpa paksaaan... air mata kerana malu kepada diri sendiri dan kepada ALLAH..

    betapa iman mereka yang terdahulu lebih tebal dan cinta mereka kepada syurga dan takut mereka kepada neraka diterjemahkan dengan hati dan perbuatan..

    berbanding umat islam sekarang yang semakin lama semakin rapuh dan mudah dimusnahkan akidahnya oleh kelazatan nikmat dunia...

    ReplyDelete
  10. buleh caya ke cerita ni? mana dapat cerita ni, hopefully bukan dari Play House Disney. Hadith sahih Bukhary ada menyebut," barangsiapa yg menyebarkan cerita tanpa mempastikan kesahihan, sesunguhnya dia telah berdusta"..... dlm hadith lain " .....berdusta adalah salah satu sifat munafiq...." Seeloknya sebelum kita berkongsi cerita, eloklah kita periksa sumbernya. wallaahu a'lam

    ReplyDelete
  11. Salam syed. Harap bukan salam provoke ya. Apa-apapun terima kasih kerana membaca dan memberi komen di sini. Terima kasih juga kerana mengingatkan.

    ReplyDelete
  12. Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar.. Saat inilah rasa sampai di hati..Ketelusan Hassan mahu menjalani hukuman walaupun itu hukuman mati..Ku persoal diri, Beranai kah spt ini? dan Saat solat 2 rakaat sblm menjalani hukuman.. Kubayangkan diriku tak berpeluang lagi mengerjakan amalya dan menanti saat bertemu dgnnya.. Berapa lamakah itu? Adakah selamat di dalam barzakh? Hanya Allah saja yg tahu... moga Allah terima taubatku.. tk Abuyon dgn perkongsian ini.. Moga Allah menambahmu Ilham utk berkarya.. Ameen

    ReplyDelete
  13. Yup - Allah, Maha Besar Dia. Qum faanzir warabbaka fakabbir. Mari besarkan Dia atas segalanya.

    Menangislah airmata, agar tangisan itu dapat mengingatkan kita pada-Nya dan hari-hari mati.

    Moga-moga Allah merahmati kita dan, sesiapa Insya-Allah .. ameen

    ReplyDelete
  14. bila tak nak dia ada...
    bila nak dia tiada...

    hmmm...

    telah aku baca...
    terima kasih...
    air itu berharga untuk aku...
    titisnya membawa kesyurga...

    ReplyDelete
  15. Terima kasih pada-Nya
    hanya

    O Tuhan berilah kami
    walau setitis

    ReplyDelete
  16. Casino Junket Casino - Kansas City
    Casino Junket Casino. Kansas City. 제주 출장안마 1,700 people 울산광역 출장안마 checked in here. Last update: December 2021. Play 용인 출장안마 Now. Casino 대전광역 출장마사지 Junket Casino. Kansas 당진 출장샵 City.

    ReplyDelete