Sunday, February 15, 2009

Tangan Kiri Amalan Syaitan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

“Buya, ce nnyanyi nasyid ‘Sebelum Makan’,” pinta anak sulung saya.

“Sebelum makan basuh ta
ngan, duduk tertib baca doa makan, makan dengan tangan kanan, tangan kiri amalan syaitan,” saya ulang semula dua tiga kali rangkap tersebut.

Saya pe
nuhi permintaannya tetapi nyanyinya tak pernah habis, sebab tak hafal. Anak saya suka meminta saya nyanyikan nasyid ‘Sebelum Makan’ (lupa tajuk sebenarnya) kerana suka mereka melihat saya menyanyi sambil menggayakan lirik-lirik tersebut. Kalau liriknya basuh tangan, saya gayakan basuh tangan. Kalau liriknya makan dengan tangan kanan, saya gayakan tangan menyuap ke mulut dengan tangan kanan. Kalau liriknya tangan kiri amalan syaitan, saya gayakan tanduk dua jari telunjuk di kepala. Ketawa mereka bukan kepalang, ketawa mereka terkekek-kekek. Tetapi bukan sebab oleh merdu atau sedapnya suara saya. Terhibur hati mereka, terhibur hati saya dan hati umminya juga. Tak dapat masuk akademi nasyid, nasyid depan anak-anak pun jadilah.



Nas
yid tersebut adalah lagu yang selalu kami nyanyikan bersama-sama. Dan saya suka nasyid itu kerana terkandung di dalamnya tarbiyyah, yang mendidik anak-anak darihal adab-adab makan.

“Wahai anak! Ucaplah Basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang hampir denganmu.” Begitu ajaran Nabi, dan saya terjemahkan seni tarbiyyah Baginda melalui seni nasyid ini.

Anak-anak sedari kecilnya jika tidak dididik dan dilatih adab-adab makan ini, misalnya makan dengan tangan kanan, pasti cenderung menggunakan tangan kiri. Pesan orang tua-tua kita, “Melentur buluh, hendaklah dari rebungnya.” Sebab bila sudah menjadi buluh, mahu juga kita melenturnya boleh patah jadinya. Terima kasih atas nasihat orang tua-tua kita yang memang bijaksana.

Kawan-kawan, saya sangat-sangat sensitif bab-bab makan dengan tangan kiri ini. Hampir setiap hari, bila makan berjamaah dengan anak dan isteri, jika ada yang menyuap dengan tangan kiri, saya pasti menegur mereka, mengingatkan mereka.

“Abang, makan dengan tangan mende tu?” saya mengingatkan anak sulung.

Ha, Aie makan tangan kiri ikut sapa…” Ha saya kepada anak kedua. “Setannn..” Abang dan adiknya yang lain menjawab.

Saya tersenyum, tarbiyyah menjadi. Syukur pada-Mu ya Allah, moga mereka menjadi anak yang benar-benar soleh. Moga mereka sebati dengan adab yang diajarkan Rasul-Mu, moga menjadi way of life mereka sampai ke mati.

Adab Minum
Demikian juga dengan cara minumnya. Anak-anak dididik apabila tangan kanan penuh makanan, dan jika mahukan air, minum dan peganglah gelas dengan tangan kiri tetapi ditongkat dengan satu jari kanan di bawah. Kiri pegang gelas, kanan yang menuangkan. Alhamdulillah, mereka ikut dari abangnya sampai adik yang paling kecil, yang umurnya tiga tahun. Sering juga mereka keliru dan terbabas. Ketawa saya dan isteri melihat gelagat anak-anak bilamana tidak makan, mereka minum juga dengan tangan kiri beralaskan jari kanan di bawah gelas.

Begitupun, soal ini, minum dengan jari kanan di bawah gelas, jangan ada pula yang berfatwa dan berpetua,

“Tidak ada dalam sunnah.”
“Nabi tidak mengajarkan begitu.”
“Bukan budaya orang kita tu.”
“Minum sajalah dengan tangan kiri, apa payah-payahnya.”

Detailnya tidaklah disebut Nabi, tetapi asasnya telah dinyatakan, tegas dan jelas. Orang Arab, makanan rujinya lain dari ruji kita. Bila makan, tangan kanannya bukan macam tangan kanan kita. Orang kita, makanan kita ialah nasi. Dan nasi tidaklah dimakan begitu saja melainkan dengan lauknya. Makan dengan lauk, pastilah tangan penuh dengan pauknya. Tak manis di mata orang Melayu jika terus sembrono minum juga dengan tangan kanan yang berlumuran. Justeru, orang kita yang faham sabdanya, diberi ilham oleh-Nya berfikir untuk memenuhi tuntutan adab Rasul-Nya, minumlah mereka dan kita sebagaimana yang saya nyatakan; kiri pegang gelas, kanan menuangkan. Tak salah dan bukan budaya Melayu pun tetapi kalau tak kita, siapa lagi yang mahu membudayakannya. Sama jugalah dengan kesnya bertepuk tangan, tepuk dengan belakang tangan.

Yang kecil tak jaga, yang besar lagilah!
Seringkali apabila ada atucara makan, saya melihat kawan-kawan atau sesiapa yang bersama, melazimi minum dengan tangan kiri. Sambil makan sambil minum, tangan kiri mencapai gelas atau cawan, alhamdulillah. Lupa mereka adab makan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Tidak menjadi tabiat, tidak sensitif, tidak ingat dan tidak menjadi budaya, tidak menjadi way of life adab makan dan minum dengan tangan kanan ini.

Yang saya agak terkilan, bilamana ada juga ustaz-ustaz yang makan bersama-sama, minum dengan tangan kiri, tanpa sedar ada mata (mata sayalah) yang memerhatikan mereka, hilang respek sekejap. Maaf ya, ya ustaz. Kawan-kawan, perhatikanlah juga pemimpin-pemimpin kita, cara makan minum mereka. Tangan kanankah atau tangan kirikah mereka.

Saya memang begitu, jika mahu tahu adab dan akhlak seseorang lebih-lebih lagi seorang yang berpendidikan agama bertitlekan ustaz, saya akan perhatikan tangan kanan dan kiri mereka ketika makan, ketika minum bersama. Orang sebegitu, saya boleh katakan begini, “Yang kecil-kecil pun tak jaga, betapalah yang besar-besar.” Kecil yang saya maksudkan di sini ialah bukan maknanya remeh atau tak penting. Mana boleh remeh mana boleh tak penting, sebab yang menyebutnya ialah Rasulullah SAW.

Tiap yang disebut Nabi, semuanya besar, semuanya penting. Tak ada yang kecil meskipun kecil pada pandangan kita. Tak ada yang tak penting meskipun tak penting pada pandangan kita. Ya, tiap yang disebut Nabi adalah penting dan besar sebab tiap yang disebut Nabi adalah benar, sebab Nabi adalah seorang yang sadiqul masduq. Justeru, kecil di sini maknanya, yang asas, yang menjadi rutin yang dibuat hari-hari setiap waktu, yang menjadi amalan dan cara hidup – a way of life.

Togo’ Air Botol
Satu lagi punch line saya di sini ialah soal minum air minuman yang satu ini, air botol samada RO atau mineralnya. Sungguh, kita telah diadabkan oleh Yahudi secara halus, secara seni tanpa kita sedar. Banyak orang termasuk para ustaz atau para pimpinan minum air ini tanpa sedar adabnya. Apa adabnya dan bagaimana minumnya, togo’ kata orang Terengganu, teguk kata Bahasa Melayu, dari muncung botolnya.

Pada saya, itulah seburuk-buruk adab minum yang telah sendirinya menjadi adab yang baik-baik pada mata masyarakat. Perkara ini terjadi dengan sendirinya kerana tanpa gelas dan cawan, kita main teguk sahaja yang kadang-kadang sampai terdengar bunyi gulp, gulpnya. Lama-kelamaan, adab ini dalam masyarakat sudah menjadi kebiasaan. Mana tak biasanya, sebab para guru, para ustaz dan para pimpinan yang menjadi model pun apabila minum diteguk-teguk juga. Dibiasa-biasakan, buat-buat tak nampak, buat-buat tak faham. Apabila sudah biasa, orang melihat ia satu adab yang boleh dan baik. Dibaikkan oleh keadaan. Dibaikkan oleh para modelan. Cuma bila ada acara rasmi-rasmian, dituanglah orang di dalam gelas dan bila diminum nampaklah adab dan sopannya.

Saya sendiri, suka minum air mineral, bukan RO atau minuman biasa. Air mineral HPA. Lain rasanya air mineralnya dengan air RO mahupun mineral yang lain. Sebab dah biasa, tahu pula membeza. Ya Allah, saya sudah bertahan sekian lama menjaga adabnya, tidak mahu minum meneguk dari botolnya, tetapi lama-lama akhirnya mengalah juga, oleh keadaan. Ya Allah, aku minum teguk juga gulp, gulp, gulp meskipun dalam keadaan sedar dan faham adabnya. Sedar, faham tapi teguk juga, Allah!

Hidden Agenda
Barangkali memang ada hidden agenda, tujuan air mineral ini dibotolkan. Supaya orang Islam tak ada adab, tak ada akhlak. Orang Yahudi dengki apabila semua soal-soal kehidupan ada dalam peraturan dan adabnya dalam Islam. Tidak sebagaimana agama mereka. Sakit hati mereka bertambah bila soal makan minum pun Nabi kita ajarkan. Ah, skema sungguh orang Islam ini sampai makan minum pun turutkan Nabi. Justeru, banyaklah idea dan rencana mereka yang kreatif-kreatif agar orang Islam jangan turut dan ikut Nabi dari sebesar-besar soal hinggalah sekecil-kecilnya, termasuklah meneguk air dari muncung botolnya.

Bbeger pun sama juga, makan dua belah tangan penuh mulut!” sampuk isteri saya. A’a betul juga, satu lagi contoh yang baik dan sangat tepat.

Lagi skema orang Islam itu, lagi kuatlah peribadi Islam mereka. Kuat peribadi orang Islam, payahlah mereka, Yahudi untuk mengalahkan Islam dan umatnya. Ya, yang skema itulah, yang diturutkan itulah ajaran Nabi, sunnah Nabi. Kepada kawan-kawan, jagalah adab makan minum menurut Nabi SAW. Sebab yang itulah asasnya. Kalau tak dijaga yang asas, manalah rok nak jaga yang lebih besar. Dok rok cetong! Yang asas tak jaga, yang besar lagilah!

Begitulah acuan kejayaan. Kalau tak turut, boleh sesat. Jika begitu, kenalah turut, sebab sebagai sabda Baginda,

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat sampai bila-bila. Iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya.”

“Buya, cukuplah tu menulis, nnyanyi se agi,” pinta seorang lagi peminat setia saya, cukup-cukup setia,
my beloved wife
!


Dari tarikan nafas,
@buyon

8 comments:

  1. lagu ini jugalah yang anak-anak saudara kakchik ingat. setiap kali tersilap mengambil sesuatu dengan tangan kiri, terus diorang cakap, "tangan kiri amalan syaitan". berkesan juga lagu tu dalam mendidik akhlak anak-anak.

    ReplyDelete
  2. Itulah seni dalam tarbiyyah. Jika kita kaji betul-betul sirah Nabi, kita akan dapati tiap tarbiyyah Nabi ada seninya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, semoga Allah memberkati tuan hamba dengan penulisan sebegini. Barakallahhu fik.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah demikian juga tuan hamba. Moga Allah memberkati. Justeru, marilah sama-sama kita Warabbaka fakabbir!

    ReplyDelete
  5. salam,

    artikel yg bnyk mmberi pngajaran kpd sy. syukran, tp saya ada psoalan, kalu atas kete, nk minum air mcm mn? kalu minum guna cawan tuumpah, nk2 lg pegang ank kecil, memang senang kalau guna botol mineral.

    ReplyDelete
  6. Hmm.. gimana ya..nanti kejap ya .. ok senang aje tu ummu. 1. Kita isikan air ke dalam bekas yang ada straw. Jadi, tak perlulah kita meneguk dari botol. 2. Isi air, sedikit dalam gelas yang tinggi. Jadi, kalau bergoyang tak adalah susah sangat nak minum. 3. Apalagi ya.. kita beli air kotak, minum dengan straw. Rasanya cara-cara tersebut boleh dipraktikkan. Yang penting kita mahu dan sanggup. Yang penting kita dapat didik anak dan diri sendiri, adab-adab minum meski ketika di dalam kereta.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih, saya setuju jika mengatakan togok air botol nampak kurang manis dipandang, nak2 lagi kita ni orang melayu. tapi kalau "hidden agenda orang yahudi membotolkan air mineral tu" saya mencari kewajarannya sebab islam itu tidak menyulitkan ummatnya bahkan amat consider dengan kepayahan dan kesulitan penganutnya. Saya jarang beli air mineral tapi saya beli botol air yang berkualiti tahan panas dan tahan pecah sbb saya dan keluarga sentiasa berkepit dengan botol air masak setiap masa. Adakah botol air yang canggih manggih yang direka untuk senang diminum ini juga di kaitkan dengan yahudi? Bukankah islam tidak menolak kecanggihan dan mengikut arus zaman? Yang saya setia amalkan sunnah minum, baca bismillah dan minum dengan tangan kanan. Wassalam-pencari kebenaran.

    ReplyDelete
  8. Ya ummu, saya bercakap tentang botol air mineral bukan botol air (bocong, kata orang Terengganu). Yang botol air tu ada macam-macam stail. Jadi, tak perlu togok kan, ada jenis yang ada macam straw, ada yang ada cawan penutup .. orait.

    ReplyDelete