Wednesday, February 11, 2009

Bila Antaranya Tiada Pihak Ketiga

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

"Qul! amantu bilLah, thummastaqim!"

Patah sajak di bawah ini
saya tujukan kepada jemaah atau thoifah yang bergerak, orang-orangnya yang ikut berjuang menegakkan kalimah Allah SWT di mana-mana muka bumi Allah ini. Patah ini juga dihadiahkan kepada sesiapa saja yang merasa panasnya api dan tajamnya duri di bumi Perak, negeri yang rakyatnya berusaha mencari keredhaan-Nya.



Jantung Harakah

Buatlah harakah
Bermula dengan halaqah
Berkiblat ke Makkah
Mengaji sampai ke takah
Usah banyak berdekah
Biar penuh markah
Isi susah lekah

Dalam jantung harakah
Semua jiwa bernikah
Ikat biar barakah
Jangan salah langkah
Pijak sampai merekah
Akibat pangkah-memangkah

Pada muara harakah
Jangan tahan lukah
Pada arus yang berkekah
Sebab arus ditongkah
Kelak jadi serakah
Pecah harakah!

Abuyon
Keramat Wangsa
7 Nov. 1997 Jumaat, 3.00 ptg




Ingatlah kawan-kawan, sengketa tidak wujud antara dua jiwa, bila antaranya tiada pihak ketiga, samada manusianya atau syaitan barangkali! Teringat kepada peristiwa di zaman permulaan dakwah Rasulullah SAW ketika pimpinan Quraisy berkonspirasi untuk menjatuhkan Rasulullah SAW, sang Iblis - PM kerajaan syaitan nombor wahid datang menyamar mengemukakan cadangan.

"Qul! amantu bilLah, thummastaqim!" Katakanlah! aku beriman kepada Allah, kemudian
berpegang teguhlah!



Dari tarikan nafas,
@buyon

No comments:

Post a Comment