Sunday, February 1, 2009

Bravo Erdogan!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Takbir! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar!


Melihatkan keberanian Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, teringat kembali saya kepada penegak empayar Turki Usmaniah — Sultan Usman ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp yang berjaya mengembalikan kegemilangan Islam s
etelah runtuhnya Kerajaan Islam Abbasiyyah di Baghdad. Ya, daripada anak cucu mereka inilah lahirnya generasi pewaris empayar yang telah menggerunkan kerajaan-kerajaan Eropah hingga 500 tahun lamanya. Dalam hadisnya, Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”

Setelah 600 tahun hadis itu diucap oleh Rasulullah SAW, barulah realitinya terjadi. Seorang Sultan Bani Usmaniah berjaya mendaki anak tangga terakhir dan berjaya membebaskan Kota Konstantinopel. Dia ialah Sultan Muhammad Al-Fateh — mahkota cemerlang di kening sejarah empayar Turki Usmaniah.



Kalau kita kaji semula sejarah empayar Usmaniah ini, kita akan dapati bahawa daripada titisan darah mereka inilah yang menyebabkan besarnya jiwa Erdogan saat itu di Forum Ekonomi Dunia (WEF). Ketika semua yang ada bertepuk, beliau menyergah Presiden Israel. K
etika pemimpin Arab diam melihat anak-anak Palestin dibantai, beliau bangun membela. Mesej telah sampai, atas muka Shimon Peres. "Padan muka!" jerit saya dalam hati. Boleh bblah Yahudi! Boleh bblah Amerika! Boleh bblah PBB! Boleh bblah sesiapa saja yang menyokong mereka!

Saya yakin, pada momen Erdogan menyergah Peres, “Kamu bunuh mereka!” Allah SWT telah mencampakkan gerun di hatinya. Ya, Erdogan dialah orangnya, kena pada tempatnya, tepat pada masanya. He is the man, the
right person at the right time, at the right place. Apakah ‘history in the making’ sedang terjadi? Apakah Erdogan akan menjadi pemimpin de facto negara-negara Islam yang bakal mengulangi sejarah empayar Turki Usmaniah?



Pada saya, beliaulah Sultan Muhammad Al-Fateh zaman moden ini. Beliau telah mengulangi sejarah datuk nenek moyangnya yang dicatatkan dengan tinta emas. Beliau benar-benar telah “Berkata benar walaupun pahit”. Beliau benar-benar telah berpegang kepada hadis Rasulullah SAW ini. Beliau telah menjunjung wasiat yang ditinggalkan oleh Sultan Usman, yang berbunyi:


“Harapan pertamaku padamu anak-anak dan sahabat-sahabatku, ialah agar kamu menjunjung tinggi agama Islam yang agung ini. Teruskanlah berjuang selagi nyawa dikandung badan. Untuk mencapai kesempurnaan dalam jihad, kamu hendaklah sentiasa mengibarkan bendera suci Nabi Muhammad SAW.”

Jutaan manusia menjadi saksi. Jutaan manusia menyaksikan peristiwa bersejarah ini, yang pasti diulang-ulang lagi oleh kecanggihan teknologi kini. Ya, untuk mengajar bangsa yang sombong, barangkali cukuplah memalukan pemimpin mereka sedemikian.

Bravo Erdogan!



Moga-moga ulasan ini dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan kita, orang-orang Melayu untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah SWT. Kredit untuk Pahrol Mohamad Juoi — sebahagian tulisan ini dipetik dari bukunya, Istanbul: Iktibar sebuah empayar, 1993.


Dari tarikan nafas,
@buyon

4 comments:

  1. maity pun terpina bila bc dlm suratkhabar pasal keberanian Erdogan ni...bab kata seorang kawan maity "Jiwa apa mereka ini"...?

    Belum tentu kita kat tanah air sndr berani membuat seperti ini

    ReplyDelete
  2. Itulah abuya rasa teruja sangat, ada juga hamba-Nya yang berani, sangat-sangat. Cucu Sultan Muhammad Al-Fateh. He is the man! O ya nama anak pertama abuya, Muhammad Al-Fateh juga.

    ReplyDelete
  3. From Youtube :

    http://www.youtube.com/watch?v=OrbQsHkVQ_4

    “Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.”

    (abuyon, try link supaya pembaca bleh tgk direct dlm thread ni terus tanpa perlu masuk youtube.com)

    ReplyDelete