Maha Penyayang
Dengan terledaknya blog, adalah revolusi
penulisan
Dulu, saya pernah bercita-cita menjadi seorang pujangga, dalam ertinya yang luas, mahu menjadi seorang pengarang, dalam ertinya yang sederhana dan mahu menjadi penulis, dalam ertinya yang kecil. Dan sekarang, jika saya mengukur diri sendiri, dapatlah dikatakan saya berjaya mencapai cita-cita tersebut dalam ertinya yang kecil itu. Bolehlah dikatakan sebagai penulis menurut timbangan orang sekarang, kerana saya menulis di alam maya ini menggunakan medium web log atau disingkatkan orang menjadi lebih mudah dan popular iaitu blog.
Dan di dunia maya ini, para penulis blog biar apapun genrenya lebih dikenali dengan nama blogger atau kalau kita pindahkan ia ke dalam bahasa ibunda, pemblog. Namun istilah Inggerisnya lebih diterima oleh minda dan lidah kita, sebab ia universal dan lebih glamour pula. [O ya boleh baca tulisan lama saya, yang kalamnya bukan pena tetapi satu mesin yang sangat berguna, bukan komputer]
Justeru, apakah yang tuan tulis atau penulis yang bagaimanakah tuan. Adapun saya, tuan bacalah sendiri, apa motif dan genre tulisan. Ah, tuan usahlah bertanya, jadi segan pula. Saya ini menulis mengikut gerak Tuhan. Diberi ilham, saya menulis terus-terus sampai malam sampai ke siang, syukur alhamdulillah. Tak diberi ilham, saya diam.
Kalau kita tinjau dan perhatikan, menulis blog atau blogger seolah-olah menjadi satu karier pula dan menjadi satu kemestian dan kemudahan jika kita mahu dianggap orang yang mengikuti zaman.
Dan kalau kita rajin menjelajah dunia blog ini, terlihatlah oleh kita warna dan suasana yang pelbagai dengan variasi gaya, motif, bentuk, kaedah dan jenis tulisannya. Yang kadang-kadang tak terfikirkan pula oleh akal kita yang sederhana ini. Setengahnya, kagum kita pada isi dan cara tulisan. Setengahnya, ralit kita pada grafik, rekabentuk dan segala gadjet widgetan. Setengahnya pula, terpana pula kita dengan motif dan tujuan penulisan.
Sungguh, dunia penulisan telah berubah, sesuai dengan zaman dan bergerak menurut zamannya pula. Zaman ini, dengan terledaknya blog adalah revolusi. Dengan ini, saya isytiharkan sendiri, zaman ini adalah revolusi penulisan.
Orang tidak lagi merasa canggung untuk menulis. Semua orang mahu menulis. Siapa sahaja cuba bilang; pelajar sekolah, mahasiswa, pensyarah, doktor, guru, ustaz, surirumah, penganggur, peniaga dan pembeli, pengarah dan kuli, pengurus, politikus, artis, pelakon dan penyanyi, pemuzik, chef, wedding fotografer, tukang-tukang, menteri, usahawan dan angkasawan sekalipun.
Bukan sekadar tidak canggung menulis, bahkan orang tidak lagi merasa ralat menulis apa saja tajuk, cerita, motif dan tujuan. Ikut apa saja yang keluar dari lubuk hati dan kotak minda, turut apa saja yang mengalir dari telaga hati dan tasik minda. Entah betul entah tidak fakta dan isi, tidaklah orang selidiki dan peduli lagi, meski ada yang sampai tuduh-menuduh, saling memfitnah dan berbalah-balah sesama sendiri, demi mempertahankan diri. Banyak yang tercatat itu penuh emosi, tak kurang pula yang disaji, ilmiah dan fikiran sendiri.
Justeru, karier menulis sekarang bukan lagi kepunyaan yang pandai menulis, yang ada buah fikiran dan yang berbakat sahaja. Bukan kepandaian mengarang yang utama sekarang, tetapi taip dan tekan saja papan kekunci. Apa saja yang di dalam hati, apa saja yang di dalam minda boleh dicurahkan tanpa segan silu lagi. Ya, boleh apa dan saja, asal sanggup jari menulis.
Terkadang, tidak terfikir oleh kita demikian isi dan patah perkataan yang ditulis di sini, di dunia blog ini apatah lagi dimeriahkan pula ia dengan video dan gambar yang bermacam warna dan aksi. Ada yang OK, alhamdulillah tetapi banyak pula yang KO, innalillah. Ah, pandai-pandailah tuan membawa diri. Jika tak sanggup offkan saja PC.
Ya, sesiapa sahaja boleh menulis sekarang. Kenapa jadi begitu, mengapa jadi begini, satu persoalan yang relevan yang memerlukan jawapan yang relevan pula. Inilah jawapnya, kerana ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kerana keajaiban teknologi tanpa wayar, yang murah, berkesan dan serasi. Kerana teknologi satu sentuhan dan di hujung jari.
Melalui blog, orang tak payah menghantar tulisan, ke syarikat penerbitan dan percetakan. Orang tak perlu menunggu-nunggu kelulusan, editor dan suntingan. Orang tak payah ada kemahiran, penulisan dan karangan. Tulis saja dan klik butang, hasil tulisan sudah pun dapat diterbitkan. Tak perlu pun menunggu lama satu atau dua jam, sudah dapat dibaca dan dinikmati orang.
Tuan, ini saya mahu khabarkan. Seorang penulis, sangatlah bahagia jika tulisannya dibaca orang. Tanyalah mana-mana penulis atau pengarang, bagaimana jiwa mereka bila tulisan atau karangan dibaca dan ditilik-tilik orang. Lebih-lebih lagi diberi komentar atau ulasan. Seolah-olah beroleh satu kepuasan, yang tiada tara dan tak usah balasan atau ganjaran. Ya, dibaca orang pun sudah cukup dan padan.
Kalau dulu, pembacanya boleh dibilang. Berapa naskhah cetakan, yang ada di kedai dan yang ada di tangan atau tersimpan di stor penerbitan. Itupun kalau siap penulisan. Yang banyaknya tulis separuh jalan dan karya itu disimpan atau terbuang. Itupun kalau berjaya tapisan. Kalau tidak, jangan harap dapat diterbit dibaca orang.
Tetapi sekarang, pembacanya tak usah lagi dibilang. Tiap yang ada PC, yang ada talian, lebuhraya maklumat samada yang berwayar atau tidak, itulah bilangan. Kalau sanggup, tuan bilanglah dari benua Amerika sampai benua Asia. Cuba bayangkan pembacanya berapa ramai tak terbilang. Justeru, tiada lagilah bimbang samada dibaca orang ataupun tidak. Kalau tak sejuta, seorang pun padan.
Ha tuan, ini peringatan dari saya untuk saya dan tuan. Kedua untuk tuan, pertama untuk sayalah. Adat orang berpesan, sebelum orang dia dululah. Adalah penulisan atau kalam yang kita tuliskan itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan. Sebab kalam-kalam ini memang dari Tuhan. Ditulis-Nya semua di loh mahfuz. Diberi-Nya pula kita pena dan kalam.
Jadi, tulisnya jangan sebarang. Sebab tiap yang terlancar dari kalam, akan dihitung dan akan dihisab satu per satu dan dalam-dalam. Sebagaimana sebutan kita akan dicatat oleh yang kiri dan yang kanan satu per satu dan dalam, demikianlah halnya tulisan.
Kalau orang menyebut bercinta sampai ke syurga. Suka pula saya menyebut, menulis sampai ke syurga. Tetapi tuan, bukan senang. Isinya mesti berbau harum syurga, kalamnya pula mesti acuan syariat Tuhan.
“Aku menulis bukan kerna nama.”
Ya, biar terdetik dalam hati kita yang bersih yang putih, bahawa kita menulis kerana Tuhan. Justeru, jangan pula sebaliknya, menulis kerana syaitan atau menulis sampai ke neraka, na’uzubillah. Wah, tuan endingnya dahsyat. Haraplah maaf ya, kalau-kalau tergeser kalam, terlajak pena.
Salam revolusi dari saya, ayuh bersama kita menjadi blogger kerana Islam, kerana Tuhan.
Dari tarikan nafas,
@buyon
Anak sulungku meminta, "Buya, wak ke
abang blog se"

This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemenulislah kerana Dia...
ReplyDeleteketenangan itu akan hadir...
sehingga Allah berkata...
engkau hebat...
kerana menulis diriKu...
Saya terlibat langsung dengan penulisan dan kewartawanan.
ReplyDeleteKadang-kadang saya terfikir, bagaimana mahu setiap yang kita lapor itu menjadi ilmu, bimbang takut-takut ia hanya menjadi sekadar maklumat.
Kan, ilmu dan maklumat dua hal yang berbeza.
Saya semakin bersemangat untuk menulis selepas membaca artikel ni.
ReplyDeleteTerima kasih...
Tapi blog juga menyebabkan kepuraan! Ramai menulis untuk pembaca dan bukan datang dari hati sendiri.
ReplyDeleteSalam Dhamah Syifflah,
ReplyDeleteHanya Dia yang boleh
menulis Dia
Kalau ada manusia, yang
boleh, dia sudah
sampai
Kalau Dia yang hendak, siapa
pula yang boleh
menghalang
Salam Isma,
ReplyDeleteIlmu dan maklumat,
Atas siapa yang berfikir
Ada fikir, maklumat sikit pun
dapat ilmunya
Tak ada fikir, ilmu berlambak pun
tak dapat maklumatnya
Jadi, bagaimana ilmu dan maklumat menjadi satu,
Atas siapa yang menulisnya
dan atas siapa pula yang
menerimanya
Salam Zatil,
ReplyDeleteYup chayok chayok, anak saya pun nak
tulis blog :)
Moga Tuhanmu jadi
inspirasi
Salam Kongkang,
Memangpun kita menulis untuk
pembaca
Apa yang dari hati, jatuh
ke hati
Sabek tu, usah risau
sesiapa
Ke guane :)
Lagi sekali,
ReplyDeleteSalam Kongkang,
Memangpun kita menulis untuk
pembaca
Apa yang dari hati, jatuh
ke hati
Sabek tu, usah risau
Kongkang dan sesiapa
Ke guane :)
p/s : tak nampak pula di recent comment
menulis tidak usah takut...
ReplyDeletejika benar berjalan menujuNya...
hanya perlu niat...
kerana apa ia tercipta...
usalah sampai terkeluar riaknya...
nerakalah jawapnya...
Abuyon...
revolusi dalam penulisan...
dizaman Nabi pelbagai risalah dikeluarkan...
berbagi bentuk dan gaya...
sehingga kini berubah-ubah cara...
Dia juga yang menentukan ceritaNya...
siapa yang mampu menulis...
jika tiada cerita...
kerana cerita asal dari Dia...
Salam Dhamah Syifflah,
ReplyDeleteTurunnya Al-Quran, adalah revolusi
pada bacaan dan sebuah
perjuangan
Ironinya, Al-Quran sendiri turunnya
adalah revolusi tanpa r:)
[evolusi]
Sungguh, hari ini akhir zaman ini
penulisan adalah revolusi yang mediumnya adalah internet, sebab saya bersandarkan hadisnya Nabi
p/s : sahabat, cuba periksa hadis tentang mudahnya penulisan di akhir zaman
benarlah Abuyon...
ReplyDeleteakhir zaman banyak perolahan...
mencari untung dari hasil penulisan...
dan dikatakan pula itu dari Allah...
mana benarnya... hanya Allah mengetahui...
terus terang aku katakan...
aku tidak pernah membaca Hadist...
sungguh-sungguh...
aku tidak tahu membaca Al-Quran...
sehingga airmata mengalir...
dari lena ia berbicara...
Siapa Allah...
dan hari itu...
mulalah aku menulis...
hanya kerana satu...
aku ingin mengerti...
apa itu Al-Quran...
Al-Quran,
ReplyDeleteBacanya, itu mesti
Untuk beroleh
rahmat-Nya
Faham, itu mesti
Untuk beroleh
hikmah-Nya
Tulis, untuk mengerti
itu luar dari biasa
Sahabat, sungguh kau luarbiasa
orangnya
Moga Allah merahmati
Assalammualikum Abuyon...
ReplyDeleteaku akan tutupkan blog...
http://belayarmencaripenawar.blogspot....
moga kita bertemu lagi...
suatu masa nanti...
Allah sentiasa menyintai engkau...
dan rahmat Allah sentiasa rapat dengan engkau...
jika engkau sentiasa menyucikanNya...
sesungguhnya aku telah kalah...
dalam pertarungan....
hanya Kau Ya Allah Waliku...
amin....
abuyon, permintaan putera sulong abuyon membakar semangat sy..tapi disebalikny tst lah ye..Sy ambik apa yg abuyon tulis nih sebagai nasihat..tk.. wahai hamba Allah.. Moga berkah dan RahmahNYA sentiasa mengekormu..aameen
ReplyDeleteSalam buat sahabatku
ReplyDeleteDhamah Syifflah,
Gerakmu mengejut,
jantungku berdegup
apa sebab sahabat
kau buat
begitu
(hati kurasa berdenyut, kenapa kenapa kenapa, ia bertanya)
Sahabat, ada kataku
dalam blogmu yang ingin
kuangkat dalam
blogku, atas
namamu
Lalu, bagaimana sahabat
Tidak kucatat ia
sebab ia spontan dan
dari hati pula
Mohon sahabat
mengerti
Kalau ada lagi ia,
sangat kuhargai
Sebab sahabat, adalah
inspirasi
p/s : emelkan aku, sahabat [abuyon@live.com], apa yang kubalas dalam blogmu, untukku hargai sebelum kau dan aku menemui-Nya, kembali
Salam Hajia,
ReplyDeleteTuhan - kalau nak beri melalui pelbagai cara, atas kitalah menerimanya
bagaimana
Tersenyum saya, sebab panjangnya saya menulis - yang memberi asbab yang sepatah itu juga
Allah, Engkaulah yang menggerakkan hati
manusia dan sesiapa yang Engkau
kehendaki
masa telah sampai...
ReplyDeleteaku perlu beredar jauh...
aku berhenti belayar...
hanya singgah melihat keadaan...
sudah puas meihatnya...
langkahlah berlayar semula...
mencari destinasi yang utama...
aku akan berlayar...
sehingga melanda realiti itu...
sesungguhnya kau kekasih Allah...
percayalah...
ucaplah...
Tiada Tuhan Selain Allah,
Muhammad Pesuruh Allah...
kau akan lihat keajaiban...
apabila datang lailaturqadar...
didepan matamu...
salam Ramadhan...
dhamah syifflah
Baiklah sahabat, aku redha
ReplyDeletetapi jangan lupa pula
permintaanku yang itu
Sebab ada kalamku di situ melalui
inspirasimu yang tak dapat
kuulang lagi
Moga Allah merahmati, memberkati
mengasihi
mengapa kita tidak bisa berdamai?
ReplyDeleteSalam awan,
ReplyDeleteTelah sampai saya ke lamanmu,
sajak rupanya
Apa-apapun kita bisa saja
berdamai selagi punya
kekuatan iman
ilmu didadaku cetek utk bicara
ReplyDeletehukum akalku meredah bara
tapi kata hatiku lepaskanlah
biarkan berlalu
tuhan yang memulihkanku bukan masa
dan hati ini perlu diganti
*aku berdamai dgnmu tuan...hormatku ada disini. terima kasih kerana wujud.
Salam Awan,
ReplyDeleteCantik sekali nama penamu - awan. Bacanya, mendamaikan.
Adakah kau utusan, sebuah
perdamaian
Adapun ilmu kita, kita tidak mengetahui apa-apa melainkan apa yang Dia kehendaki
Moga Allah merahmati, moga seperti awan
di damai langit
ct blogging suke2 je..
ReplyDelete~salam Teman...
ReplyDeletetelah aku dapat perutusan darimu mengajakku terbang ke lamanmu...
mungkin aku sedikit tidak mengerti maksud yang engkau sampaikan padaku.
telah kau ajuk kataku 'aku menulis bukan kerna nama' dan kemudian kau selitkan gurauan berbisa 'aku tulis nak ajak orang baca artikel'
seperti aku mendengar maksudnya...
mungkin aku tidak menulis sampai ke syurga, namun tidak pula aku memilih mengajak dosa
sajak anda tentang rendra sudah saya bacakan. harap anda gembira.
ReplyDeletesalam abuyon..
ReplyDeleteya, mmg benar. skrg ini penulisan mengalami proses revolusi..
setuju dgn anda. :)
Salam Bro Pyan,
ReplyDeleteMoga Allah merahmatimu dan rakan seperjuangan (ngeteh)sekalian :)
Terima kasih bro, ya saya gembira (syukur sebenarnya) kerana dapat menyumbangkan kata
Saya lebih-lebih gembira kerana Pyanhabib yang mendeklamasikannya
Sebagai tanda terima kasih, justeru, untukmu bro Pyan, ada sajak dari saya yang telah tercipta tatkala pertama membaca blog hitam warna ini
Harap sudi membacanya, lebih-lebih lagi meninggalkan jejaknya di sana yang pertama
http://hijau-tinta.blogspot.com
Salam Lavender,
ReplyDeleteMaafkan saya kalau membuatkan Lavender terkeliru.
Benar katamu, selaras dengan hadis Nabi pula. Ada sebuah hadis akhir zaman yang senada dengan kata-katamu Lavender, bergembiralah .. Allah
Salam CT dan Basuh Baju,
ReplyDeleteSuka atau tidak, menulis blog adalah revolusi. Dan ia ada dalam hadis Nabi akhir zaman, tentang mudahnya penulisan
Basuh baju pun sekarang adalah revolusi,
ke guane :)
aku masih terkeliru
ReplyDeletekerna kamu berbahasakan hadis
dan aku cetek
atau mungkin benar firasat ini
hanya kerna tulisan kami tidak tercatit berNawaitu nama Allah
maka telah kau putuskan
syura pada siapa
salam Lavender,
ReplyDeleteMaafkan saya kalau sahabat keliru. Maksud saya dengan perkataan saya ini ialah;
"Benar katamu, selaras dengan hadis Nabi pula. Ada sebuah hadis akhir zaman yang senada dengan kata-katamu Lavender"
perkataan sahabat yang ini;
"mungkin aku tidak menulis sampai ke syurga, namun tidak pula aku memilih mengajak dosa"
isinya adalah sama dengan hadis Nabi ini;
"Akan datang suatu masa pada manusia, pada masa itu seorang lelaki dihadapkan dengan pilihan antara kelemahan dan maksiat, maka barangsiapa menjumpai masa itu, hendaklah memilih kelemahan dan meninggalkan kemaksiatan" [Riwayat Hakim dari Abu Hurairah]
Perkataan saya itu pujian kepada sahabat sebenarnya.
mendung mengukir wajah...
ReplyDeletewajah siapa disebaliknya...
telah lama ternoktah...
muncullah kalimah tersergam...
revolusi pejuang islam...
agar tidak ternoktah ajaran Allah...
tiada siapa memiliki syurga...
tiada siapa memiliki neraka...
itu semua pemberian Allah...
rahmatNya untuk insan didunia...
Allah sahaja memiliki syurga neraka...
manusia hanya penetap dialam ini...
untuk mati...
salam kunjung kembali teman;
ReplyDeletemaka dengan itu malulah aku
sudi kiranya maafkan aku untuk itu
tapi dalam rasa in berbicara sendiri
sebegitu dalam fahaman hadismu
sebegitu kekurangan aku
teselit cemburu padanya
nyata seperti aku tercicir
untuk memahamiNya
tertunduk wajah ini jatuhkan muka ke lantai bumi
sedang kaki masih berpijak lagi di tanah dengan izinNya
tetapi seperti tidak aku menyukuri nikmat itu
menjadi alpa walau dengan kesederhanna saja
sedang melihat tulisanmu
serta kamu juga Dhamah Shiffah
sebenarnya aku kagum
betapa kalam itu berwajah Dia
dan aku berdolak dalik
menolakNya bukan yang pertama
nyata aku si mereka-mereka yang rugi
terdiam aku menilai diri
~maaf andai mencuri ruang, mencuri peluang meluah..
Salam sahabatku Dhamah,
ReplyDeleteHidup, vice-versa
Mati, vice-versa
Hidup untuk mati, vice-versa
Mati untuk hidup
kembali
Justeru, hidup adalah untuk
hidup bersama Dia
abadi
"Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka dan jika aku menyembah-Mu mengharapkan syurga campakkanlah aku dari syurga tetapi jika aku menyembah-Mu demu Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku"
- Rabiatul Adawiyah
Baca saja, tak mampu dan tak layak berkata begitu sebab tak merasa bagai
Rabiatul
Salam sahabatku Lavender,
ReplyDeleteNabi kita sangat suka meminta maaf dan memberi maaf. Justeru, ia satu perbuatan yang luarbiasa dan sangat tinggi mulia.
Kalau begitu sahabat, kau termasuklah salah seorang darinya. Sebab, tiadalah pula apa-apa kesalahan yang kau perbuat.
Untuk rasa hatimu yang itu, yang cemburu itu yang kagum itu, aku mengajakmu -
Qum faanzir wa rabbaka fakabbir
Tidak ada maaf bagimu, sebab satu zarah kau tak salahpun, hehe.
Salam...
ReplyDeleteSetiap orang punya cara sendiri meluah rasa
Punya matlamat berbeza
Punya sebab yang tak sama
Walaupun satu perkataan di kongsi bersama; Berblog.
Biar apapun, moga jauh dari keburukan
Erm..
Ramadhan kembali lagi...?
Tak lah.
Ramadhan datang dan pergi
Tapi tak pernah kembali.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
engkau punca cerita sendiri...
ReplyDeletesimpan ia untuk kembali...
wajah cerahmu terpancar dimata...
adakah benar itu dirimu...
usahlah berkata syurga neraka...
tiada siapa mampu untuk memberinya...
bertanyalah kepada Allah...
berapa lamakah aku didalam neraka...
nascaya Thaubat menyusulinya...
engkau bukan insan rugi...
tiada siapa rugi didunia ini...
malah diberikan nikmatNya tidak terhingga...
sehingga engkau mengagungkanNya...
menyebut namaNya...
sehingga engkau lupa...
siapa nama mu sendiri...
setiap yang dihidupkan...
berbeza sama sekali...
pokoknya berbagai jenis...
malah tidak sama daunnya...
manusia berbagai ragam...
malah wajahnya juga pelbagai...
hebat Pencipta mengukir semuanya...
tanpa ada yang menyerupaiNya...
hebat Engkau Ya Allah...
Adam sehingga Muhammad...
dua puluh lima perjalanan...
disusun atur satu persatu...
menyedarkan insan hidup didunia...
malah bilangan itu bertambah...
bertambah sehingga akhirnya...
membentuk satu keperibadian...
keagungan untuk Engkau Ya Allah...
diakhir nanti pahlawanNya kembali...
menentukan tempat dimana diletakNya...
berjuanglah sehingga akar umbi...
jika engkau ingin menyaksikan...
bagaimana pahlawan itu berlawan...
mencari sinaran keagungan...
Allah dalam impian...
WujudNya membawa kegembiraan...
menatapNya bagai igauan...
mengasikkan...
sehingga terjemumus dalam peperangan...
akhir zaman....
selamat meraikan ramadan yang barakah.
ReplyDeletesalam suara,
ReplyDeleteBolehkah saya kata,
di atas nama blog, kita bersuara
di atas nama blog, kita bersatu
Ramadhan, apa yang pernah datang, benar tak pernah kembali
seperti kata A. Samad Said,
ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi
salam sahabatku Dhamah,
ReplyDeleteBenar ujarmu seperti juga katanya
A. Samad Said, tentang ombak
di atas
Tiap apa yang ada
berbeza
Melainkan
Dia
salam bro Pyan,
ReplyDeleteSelamat juga meraikan dia,
Ramadhan
Moga Ramadhan kali ini,
zero defect
Rahmat-Nya atasmu,
Maghfirah-Nya atasmu,
Jauhkan kami dari api-Mu
salam ramadhan bro, saya setuju benar apa yang saudara tulis tu..sama2 menulis sampai ke syurga
ReplyDeleteamin
salam Ramadhan Ammosham,
ReplyDeleteMoga-moga, tetapi syaratnya itulah
kena hadam pula -
Tetapi tuan, bukan senang. Isinya mesti berbau harum syurga, kalamnya pula mesti acuan syariat Tuhan.
Ke guane :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteangin tulisan itu terkadang hanya angin
ReplyDeletedaun rasa tidak pun bergoyang
malahan kita tidak pun nampak ianya berkembang
kaku & pengap
angin tulisan itu terkadang bagaikan ribut
memecah semua batu rasa & resah impian
tetapi sekadar angin berhembus pergi
angin tulisan di alam maya semakin banjir
sampaikan kita tak larat lagi merenanginya
kita makin berkelompok terkadang kita lihat
sesama kita bagaikan ombak yang bertamparan
pecah di pantai pecah di dasar pecah di tengah lautan.
aku masih mencari nilai Nur yang terbit dari dunia penulisan kita... namun terkadang terasa sifar, alam maya memang lebih bebas & terbuka namun terkadang ianya amat tersembunyi...
alam media masa arus perdana kita tahu & pasti makin dibolot oleh penulis mapan & satu kelompok...
memang aku lebih selesa jadi pemblok biar punya hanya seorang dua membacanya.
salam Idan,
ReplyDeleteMemang sahabat penyair
orangnya
Bila ingat waktu dulu-dulu,
dan sekarang - nyata
istiqamahmu
Moga sahabat menulis, terus-terus
biar sampai tembus-tembus
Sajakku Kalam Penyair, yang pertama
untukmu sahabat - masih
ingatkah
Salam buat tuan rumah.
ReplyDeleteSetiap perkara akan hadir bersama2 dgn kebaikan & keburukan. Namun tangan2 kitalah yg mencorakkannya bagi memelihara apa yg pada asalnya atas tujuan kebaikan & kebenaran. Moga setiap perlakuan kita mendapat keberkatan & rahmat dari Yang Esa.
Hmm apa ye yg saudara maksudkan dgn saya sebagai junior tu? Saya kurang jelas.
salam justme,
ReplyDeleteOo saya hanya membuat anggapan, barangkali just me ini Jasmi,
junior saya masa sekolah dulu,
lelaki
Bukan ya ..he maafkan kerana
mengundang keliru :)
Moga beroleh rahmat dan
barakah-Nya
kalau gua menulis untuk kepuasan boleh walaupun menyinggung hati maluri orang lain???
ReplyDeletehamba hanya bertanya...
salam Kimisai,
ReplyDeleteKepuasan dalam menulis hanya bila tulisan dibaca orang. Tetapi kalau seperti yang dikatakan kimisai, menulis untuk kepuasan diri - barangkali tulisan itu tidak perlu diblogkan. Sebab bila berblog, pasti ada yang membacanya. Kita boleh saja tulis di dalam diari. Pasti tidak ada yang membaca dan menyebabkan sesiapa tersinggung.
Apabila kita menulis biar siapa dan bagaimana kita, moleklah kita berpegang kepada hadis Nabi ini,
Sebaik-baik manusia, ialah yang memberi manafaat kepada manusia yang lainnya
Dan kalau hati kita tulus, kita tidak mahu sesiapapun tersinggung lantaran tulisan kita itu. Kalaupun ada hati yang tersinggung, biarlah apa yang ditulis itu berlandaskan kebenaran, sebagai sabda Nabi,
Berkata benar walaupun pahit
Moga-moga beroleh rasa. Boleh saja berdiskusi lagi di sini, Insya-Allah
Sebut sahaja Abuyon
ReplyDeletemasakan petah suara puisi akan terhenti
sebenarnya dalam diri
bagaikan ada unggun api
memarakkan cahaya puisi
untuk berpinar bersama
berkongsi saksi hidup
di bungkah igauan semalam
aku rindu amat menjadi aku dulu
duduk dengan Pyanhabib di senjakala
di padang merbuk melafazkan kata jiwa
yang meresap dengan nada tali gitar
& serak basah ucap setia...mendeklamasikan puisi tanpa tajuknya!
aku rindu amat menjadi aku dulu
berteater bersama Meor Hashim
Sani Sudin & Abg Hisham
melihat detik ambang merdeka
aku perasan Pyanhabid amat rapat dengan Meor
aku sekadar agas-agas kecil
yang hilang dengan cahaya neon semalam
desakan hidup mengetepikan erti akrab
lalu semua rakan dulu tidak lagi menyapa
malahan jauh sekali mengenal aku.
Sendiri:ô↑╕... sepi amat!
Aku nampak bayang Arwah Abg Sabtu
bayangan Zain Yahya semakin hilang
dengan celoteh S Azli...
Lalu benang puisi ini mengikat kita
sampai bila-bila aku akan
hampir denganmu rakan-rakanku
Abuyon, Terima Kasih lantaran memberi respon
setiap tulisanku...
salam sahabatku Idan,
ReplyDeleteBegitu rupanya. Hmm .. justeru kenapa tidak
kau hulurkan semula tali agar
persahabatan terikat
kembali
Alanglah indah jika diingat
segala memoir, yang dulu
yang dulu
Ah, lagi indah jika segala
memoir sekali lagi
bersatu
Sahabat, kepada Tuhan
kau mohonlah
Sahabat,
Hati dan lidahmu, tulisan
dan patahmu memanglah
syair
Kau sahabat, memang
penyair
ingin berkata suara tiada...
ReplyDeletetidak tenteram tanpa Dia...
sepi hidup bermaharaja pula...
jika itu ketentuanNya...
tiada suara jua tidak mengapa...
suatu hari bakal tiba...
membuatkan sepi tanpa kata...
bukan itu sahaja...
membutakan mata memekakkan telingga...
sehingga tiada apa yang ada...
akhirnya menentukan siapa disisiNya...
Kau bertandang juga,
ReplyDeletelamanmu terbuka
Ahlan ya sahabat
Suara tanpa kata, adalah
hati yang berzikir
kepada-Nya
Allah, Allah, Allah
Hilang diri, timbul
Dia
mengukir perjalanan...
ReplyDeletemencorak liku kehidupan...
terbentang jalan dihadapan...
dilalui jalan lain pula...
ingin merasa apa yang ada...
disangka ada rupanya tiada...
akhirnya mengerti apa yang ADA...
"Dengan ini, saya isytiharkan sendiri, zaman ini adalah revolusi penulisan."
ReplyDeleteTersenyum saya membacanya.
Wah, kalam pak cik ini, terkesan sungguh kita membacanya. Langgam bahasa yang menarik tapi isinya terus dan sampai. Saya faham. Terima kasih kerana mengingatkan. Menulis bukan kerna nama. =)
salam Balqis,
ReplyDeleteTerima kasih kerana tersenyum, bukan mengata.. he
Yup, menulis kerana-Nya. Bukan kerana lain dari-Nya.
Akanku karang lagu syair
biar sampai tembus-tembus
Akanku tulis lagu syair
agar nampak kebesaran dan
keagungan Tuhan.
Balqis, for your info, saya ada blog khas sajak (takut orang tu tak perasan.. he) - http://hijau-tinta.blogspot.com bacalah, moga-moga beroleh rasa, faham juga, Insya-Allah.
Revolusi Penulisan
Zaman ini, tiap orang mahu menulis,
adalah aspirasi
Zaman ini, tiap patah yang ditulis,
adalah kontroversi
Dengan ini zaman ini,
aku isytiharkan
sendiri –
Dengan terledaknya blog,
adalah revolusi
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
27 Julai 09 10.50 pagi
_________
Inspirasi dari artikel abuyon
Menulis sampai ke syurga
Laju sahaja keluar idea pok cik tulis sajak. Kalau saya, dua tiga hari peram dululah baru keluar satu sajak. Selalu datang ilham, kemudian lupa begitu sahaja. Aduhai. Seronok juga baca sajak-sajak pok cik di Hijau Tinta (perasan, perasan lama dah. He...
ReplyDeletesalam Balqis,
ReplyDeleteEntahlah ya. Tapi barangkali itulah
yang dipanggil orang, ilham. Soalan itu,
jawabnya macam sajak saya -
Anugerah Ilham
Sebenarnya, dah lama tak tulis sajak
sudah 10 tahun lebih lamanya, baru
sekarang Allah gerakkan hati. Dan untuk itu, saya bersyukur kepada-Nya
sebanyak-banyaknya.
Petikan artikel http://abuyon.blogspot.com/2009/01/kalam-penyair.html
"Kini tahun 2009 dan tahun 1999 tarikh sajak di atas disiapkan, sudah 10 tahun lamanya. Juga sudah 10 tahun rupanya saya berhenti menulis bait-bait puitis ini.
Ada juga sajak yang ditulis pada 1995 - 1997. Berhenti menulis, sebab sambung belajar. Kedua, segala sajak yang disimpan dalam MS-Word, habis hilang kena worm (baru wujud pada masa tu). Tinggal sikit-sikit saja yang tercetak, dapat diselamatkan. Ketiga, memang tak ada ilham dari Tuhan, kering.
Masa tu, blog tak ada lagi. Jadi, sajak dihantar ke laman melayu.com. Tapi bila melayu.com upgrade, habis juga sajak-sajak tu .. he
Salam,
ReplyDeleteApa khabar orang ganu? semoga kita dapat mengejar ramadhan yang berbaki.
salam ya syeikh,
ReplyDeleteKhabar baik, cuma di sini isi tak berganti. Di sana, Hijau Tinta abuyon, saya menulis.
So, macamana Malaysia atau sudah rindu udara dan bau Tanta?
Salam lebaran dari saya dan keluarga, baca sajak di sana ya
Pak Di, duit raya tak dok ke.. pinta anak saya, hehe
Peringatan membekas, Semangat menetas.
ReplyDeleteSeronoknye baca tulisan tuan. Puitis dan bermakna. Semoga terus menulis...
ReplyDeleteMoga beroleh rasa ya ukhti di laman yang dhaif hina ini. Tidak diberi oleh-Nya untuk saya menulis lagi. Bagaimanapun, jemputlah ke http://hijau-tinta.blogspot.com Ini penawar jiwaku.
ReplyDeleteMoga beroleh rasa pula di sana, Insya-Allah.