Wednesday, August 12, 2009

Menulis Sampai Ke Syurga [1]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Dengan terledaknya blog, adalah revolusi
penulisan


Dulu, saya pernah bercita-cita menjadi seorang pujangga, dalam ertinya yang luas, mahu menjadi seorang pengarang, dalam ertinya yang sederhana dan mahu menjadi penulis, dalam ertinya yang kecil. Dan sekarang, jika saya mengukur diri sendiri, dapatlah dikatakan saya berjaya mencapai cita-cita tersebut dalam ertinya yang kecil itu. Bolehlah dikatakan sebagai penulis menurut timbangan orang sekarang, kerana saya menulis di alam maya ini menggunakan medium web blog atau disingkatkan orang menjadi lebih mudah dan popular iaitu blog.



Dan di dunia maya ini, para penulis blog biar apapun genrenya lebih dikenali dengan nama blogger atau kalau kita pindahkan ia ke dalam bahasa ibunda, pemblog. Namun istilah Inggerisnya lebih diterima oleh minda dan lidah kita, sebab ia universal dan lebih glamour pula. [O ya boleh baca tulisan lama saya, yang kalamnya bukan pena tetapi satu mesin yang sangat berguna, bukan komputer]

Justeru, apakah yang tuan tulis atau penulis yang bagaimanakah tuan. Adapun saya, tuan bacalah sendiri, apa motif dan genre tulisan. Ah, tuan usahlah bertanya, jadi segan pula. Saya ini menulis mengikut gerak Tuhan. Diberi ilham, saya menulis terus-terus sampai malam sampai ke siang, syukur alhamdulillah. Tak diberi ilham, saya diam.

Kalau kita tinjau dan perhatikan, menulis blog atau blogger seolah-olah menjadi satu karier pula dan menjadi satu kemestian dan kemudahan jika kita mahu dianggap orang yang mengikuti zaman.

Dan kalau kita rajin menjelajah dunia blog ini, terlihatlah oleh kita warna dan suasana yang pelbagai dengan variasi gaya, motif, bentuk, kaedah dan jenis tulisannya. Yang kadang-kadang tak terfikirkan pula oleh akal kita yang sederhana ini. Setengahnya, kagum kita pada isi dan cara tulisan. Setengahnya, ralit kita pada grafik, rekabentuk dan segala gadjet widgetan. Setengahnya pula, terpana pula kita dengan motif dan tujuan penulisan.

Sungguh, dunia penulisan telah berubah, sesuai dengan zaman dan bergerak menurut zamannya pula. Zaman ini, dengan terledaknya blog adalah revolusi. Dengan ini, saya isytiharkan sendiri, zaman ini adalah revolusi penulisan.

Orang tidak lagi merasa canggung untuk menulis. Semua orang mahu menulis. Siapa sahaja cuba bilang; pelajar sekolah, mahasiswa, pensyarah, doktor, guru, ustaz, surirumah, penganggur, peniaga dan pembeli, pengarah dan kuli, pengurus, politikus, artis, pelakon dan penyanyi, pemuzik, chef, wedding fotografer, tukang-tukang, menteri, usahawan dan angkasawan sekalipun.





Bukan sekadar tidak canggung menulis, bahkan orang tidak lagi merasa ralat menulis apa saja tajuk, cerita, motif dan tujuan. Ikut apa saja yang keluar dari lubuk hati dan kotak minda, turut apa saja yang mengalir dari telaga hati dan tasik minda. Entah betul entah tidak fakta dan isi, tidaklah orang selidiki dan peduli lagi, meski ada yang sampai tuduh-menuduh, saling memfitnah dan berbalah-balah sesama sendiri, demi mempertahankan diri. Banyak yang tercatat itu penuh emosi, tak kurang pula yang disaji, ilmiah dan fikiran sendiri.

Justeru, karier menulis sekarang bukan lagi kepunyaan yang pandai menulis, yang ada buah fikiran dan yang berbakat sahaja. Bukan kepandaian mengarang yang utama sekarang, tetapi taip dan tekan saja papan kekunci. Apa saja yang di dalam hati, apa saja yang di dalam minda boleh dicurahkan tanpa segan silu lagi. Ya, boleh apa dan saja, asal sanggup jari menulis.

Terkadang, tidak terfikir oleh kita demikian isi dan patah perkataan yang ditulis di sini, di dunia blog ini apatah lagi dimeriahkan pula ia dengan video dan gambar yang bermacam warna dan aksi. Ada yang OK, alhamdulillah tetapi banyak pula yang KO, innalillah. Ah, pandai-pandailah tuan membawa diri. Jika tak sanggup offkan saja PC.

Ya, sesiapa sahaja boleh menulis sekarang. Kenapa jadi begitu, mengapa jadi begini, satu persoalan yang relevan yang memerlukan jawapan yang relevan pula. Inilah jawapnya, kerana ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kerana keajaiban teknologi tanpa wayar, yang murah, berkesan dan serasi. Kerana teknologi satu sentuhan dan di hujung jari.

Melalui blog, orang tak payah menghantar tulisan, ke syarikat penerbitan dan percetakan. Orang tak perlu menunggu-nunggu kelulusan, editor dan suntingan. Orang tak payah ada kemahiran, penulisan dan karangan. Tulis saja dan klik butang, hasil tulisan sudah pun dapat diterbitkan. Tak perlu pun menunggu lama satu atau dua jam, sudah dapat dibaca dan dinikmati orang.

Tuan, ini saya mahu khabarkan. Seorang penulis, sangatlah bahagia jika tulisannya dibaca orang. Tanyalah mana-mana penulis atau pengarang, bagaimana jiwa mereka bila tulisan atau karangan dibaca dan ditilik-tilik orang. Lebih-lebih lagi diberi komentar atau ulasan. Seolah-olah beroleh satu kepuasan, yang tiada tara dan tak usah balasan atau ganjaran. Ya, dibaca orang pun sudah cukup dan padan.

Kalau dulu, pembacanya boleh dibilang. Berapa naskhah cetakan, yang ada di kedai dan yang ada di tangan atau tersimpan di stor penerbitan. Itupun kalau siap penulisan. Yang banyaknya tulis separuh jalan dan karya itu disimpan atau terbuang. Itupun kalau berjaya tapisan. Kalau tidak, jangan harap dapat diterbit dibaca orang.



Tetapi sekarang, pembacanya tak usah lagi dibilang. Tiap yang ada PC, yang ada talian, lebuhraya maklumat samada yang berwayar atau tidak, itulah bilangan. Kalau sanggup, tuan bilanglah dari benua Amerika sampai benua Asia. Cuba bayangkan pembacanya berapa ramai tak terbilang. Justeru, tiada lagilah bimbang samada dibaca orang ataupun tidak. Kalau tak sejuta, seorang pun padan.

Ha tuan, ini peringatan dari saya untuk saya dan tuan. Kedua untuk tuan, pertama untuk sayalah. Adat orang berpesan, sebelum orang dia dululah. Adalah penulisan atau kalam yang kita tuliskan itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan. Sebab kalam-kalam ini memang dari Tuhan. Ditulis-Nya semua di loh mahfuz. Diberi-Nya pula kita pena dan kalam.

Jadi, tulisnya jangan sebarang. Sebab tiap yang terlancar dari kalam, akan dihitung dan akan dihisab satu per satu dan dalam-dalam. Sebagaimana sebutan kita akan dicatat oleh yang kiri dan yang kanan satu per satu dan dalam, demikianlah halnya tulisan.

Kalau orang menyebut bercinta sampai ke syurga. Suka pula saya menyebut, menulis sampai ke syurga. Tetapi tuan, bukan senang. Isinya mesti berbau harum syurga, kalamnya pula mesti acuan syariat Tuhan.

“Aku menulis bukan kerna nama.”

Ya, biar terdetik dalam hati kita yang bersih yang putih, bahawa kita menulis kerana Tuhan. Justeru, jangan pula sebaliknya, menulis kerana syaitan atau menulis sampai ke neraka, na’uzubillah. Wah, tuan endingnya dahsyat. Haraplah maaf ya, kalau-kalau tergeser kalam, terlajak pena.

Salam revolusi dari saya, ayuh bersama kita menjadi blogger kerana Islam, kerana Tuhan.

Dari tarikan nafas,
@buyon




Anak sulungku meminta, "Buya, wak ke
abang blog se"

65 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. menulislah kerana Dia...
    ketenangan itu akan hadir...
    sehingga Allah berkata...
    engkau hebat...
    kerana menulis diriKu...

    ReplyDelete
  3. Saya terlibat langsung dengan penulisan dan kewartawanan.

    Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana mahu setiap yang kita lapor itu menjadi ilmu, bimbang takut-takut ia hanya menjadi sekadar maklumat.

    Kan, ilmu dan maklumat dua hal yang berbeza.

    ReplyDelete
  4. Saya semakin bersemangat untuk menulis selepas membaca artikel ni.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  5. Tapi blog juga menyebabkan kepuraan! Ramai menulis untuk pembaca dan bukan datang dari hati sendiri.

    ReplyDelete
  6. Salam Dhamah Syifflah,

    Hanya Dia yang boleh
    menulis Dia

    Kalau ada manusia, yang
    boleh, dia sudah
    sampai

    Kalau Dia yang hendak, siapa
    pula yang boleh
    menghalang

    ReplyDelete
  7. Salam Isma,

    Ilmu dan maklumat,
    Atas siapa yang berfikir

    Ada fikir, maklumat sikit pun
    dapat ilmunya

    Tak ada fikir, ilmu berlambak pun
    tak dapat maklumatnya

    Jadi, bagaimana ilmu dan maklumat menjadi satu,

    Atas siapa yang menulisnya
    dan atas siapa pula yang
    menerimanya

    ReplyDelete
  8. Salam Zatil,
    Yup chayok chayok, anak saya pun nak
    tulis blog :)

    Moga Tuhanmu jadi
    inspirasi

    Salam Kongkang,
    Memangpun kita menulis untuk
    pembaca

    Apa yang dari hati, jatuh
    ke hati

    Sabek tu, usah risau
    sesiapa

    Ke guane :)

    ReplyDelete
  9. Lagi sekali,

    Salam Kongkang,
    Memangpun kita menulis untuk
    pembaca

    Apa yang dari hati, jatuh
    ke hati

    Sabek tu, usah risau
    Kongkang dan sesiapa

    Ke guane :)

    p/s : tak nampak pula di recent comment

    ReplyDelete
  10. menulis tidak usah takut...
    jika benar berjalan menujuNya...
    hanya perlu niat...
    kerana apa ia tercipta...
    usalah sampai terkeluar riaknya...
    nerakalah jawapnya...

    Abuyon...
    revolusi dalam penulisan...
    dizaman Nabi pelbagai risalah dikeluarkan...
    berbagi bentuk dan gaya...
    sehingga kini berubah-ubah cara...
    Dia juga yang menentukan ceritaNya...
    siapa yang mampu menulis...
    jika tiada cerita...
    kerana cerita asal dari Dia...

    ReplyDelete
  11. Salam Dhamah Syifflah,

    Turunnya Al-Quran, adalah revolusi
    pada bacaan dan sebuah
    perjuangan

    Ironinya, Al-Quran sendiri turunnya
    adalah revolusi tanpa r:)
    [evolusi]

    Sungguh, hari ini akhir zaman ini
    penulisan adalah revolusi yang mediumnya adalah internet, sebab saya bersandarkan hadisnya Nabi

    p/s : sahabat, cuba periksa hadis tentang mudahnya penulisan di akhir zaman

    ReplyDelete
  12. benarlah Abuyon...

    akhir zaman banyak perolahan...
    mencari untung dari hasil penulisan...
    dan dikatakan pula itu dari Allah...
    mana benarnya... hanya Allah mengetahui...

    terus terang aku katakan...
    aku tidak pernah membaca Hadist...
    sungguh-sungguh...
    aku tidak tahu membaca Al-Quran...
    sehingga airmata mengalir...
    dari lena ia berbicara...
    Siapa Allah...

    dan hari itu...
    mulalah aku menulis...
    hanya kerana satu...
    aku ingin mengerti...
    apa itu Al-Quran...

    ReplyDelete
  13. Al-Quran,
    Bacanya, itu mesti
    Untuk beroleh
    rahmat-Nya

    Faham, itu mesti
    Untuk beroleh
    hikmah-Nya

    Tulis, untuk mengerti
    itu luar dari biasa

    Sahabat, sungguh kau luarbiasa
    orangnya

    Moga Allah merahmati

    ReplyDelete
  14. Assalammualikum Abuyon...

    aku akan tutupkan blog...
    http://belayarmencaripenawar.blogspot....
    moga kita bertemu lagi...
    suatu masa nanti...

    Allah sentiasa menyintai engkau...
    dan rahmat Allah sentiasa rapat dengan engkau...
    jika engkau sentiasa menyucikanNya...

    sesungguhnya aku telah kalah...
    dalam pertarungan....
    hanya Kau Ya Allah Waliku...

    amin....

    ReplyDelete
  15. abuyon, permintaan putera sulong abuyon membakar semangat sy..tapi disebalikny tst lah ye..Sy ambik apa yg abuyon tulis nih sebagai nasihat..tk.. wahai hamba Allah.. Moga berkah dan RahmahNYA sentiasa mengekormu..aameen

    ReplyDelete
  16. Salam buat sahabatku
    Dhamah Syifflah,

    Gerakmu mengejut,
    jantungku berdegup
    apa sebab sahabat
    kau buat
    begitu
    (hati kurasa berdenyut, kenapa kenapa kenapa, ia bertanya)

    Sahabat, ada kataku
    dalam blogmu yang ingin
    kuangkat dalam
    blogku, atas
    namamu

    Lalu, bagaimana sahabat
    Tidak kucatat ia
    sebab ia spontan dan
    dari hati pula

    Mohon sahabat
    mengerti

    Kalau ada lagi ia,
    sangat kuhargai

    Sebab sahabat, adalah
    inspirasi


    p/s : emelkan aku, sahabat [abuyon@live.com], apa yang kubalas dalam blogmu, untukku hargai sebelum kau dan aku menemui-Nya, kembali

    ReplyDelete
  17. Salam Hajia,

    Tuhan - kalau nak beri melalui pelbagai cara, atas kitalah menerimanya
    bagaimana

    Tersenyum saya, sebab panjangnya saya menulis - yang memberi asbab yang sepatah itu juga

    Allah, Engkaulah yang menggerakkan hati
    manusia dan sesiapa yang Engkau
    kehendaki

    ReplyDelete
  18. masa telah sampai...
    aku perlu beredar jauh...
    aku berhenti belayar...
    hanya singgah melihat keadaan...

    sudah puas meihatnya...
    langkahlah berlayar semula...
    mencari destinasi yang utama...
    aku akan berlayar...
    sehingga melanda realiti itu...

    sesungguhnya kau kekasih Allah...
    percayalah...
    ucaplah...
    Tiada Tuhan Selain Allah,
    Muhammad Pesuruh Allah...
    kau akan lihat keajaiban...
    apabila datang lailaturqadar...
    didepan matamu...

    salam Ramadhan...
    dhamah syifflah

    ReplyDelete
  19. Baiklah sahabat, aku redha
    tapi jangan lupa pula
    permintaanku yang itu

    Sebab ada kalamku di situ melalui
    inspirasimu yang tak dapat
    kuulang lagi

    Moga Allah merahmati, memberkati
    mengasihi

    ReplyDelete
  20. mengapa kita tidak bisa berdamai?

    ReplyDelete
  21. Salam awan,

    Telah sampai saya ke lamanmu,
    sajak rupanya

    Apa-apapun kita bisa saja
    berdamai selagi punya
    kekuatan iman

    ReplyDelete
  22. ilmu didadaku cetek utk bicara
    hukum akalku meredah bara
    tapi kata hatiku lepaskanlah
    biarkan berlalu

    tuhan yang memulihkanku bukan masa
    dan hati ini perlu diganti


    *aku berdamai dgnmu tuan...hormatku ada disini. terima kasih kerana wujud.

    ReplyDelete
  23. Salam Awan,

    Cantik sekali nama penamu - awan. Bacanya, mendamaikan.

    Adakah kau utusan, sebuah
    perdamaian

    Adapun ilmu kita, kita tidak mengetahui apa-apa melainkan apa yang Dia kehendaki

    Moga Allah merahmati, moga seperti awan
    di damai langit

    ReplyDelete
  24. ~salam Teman...

    telah aku dapat perutusan darimu mengajakku terbang ke lamanmu...

    mungkin aku sedikit tidak mengerti maksud yang engkau sampaikan padaku.

    telah kau ajuk kataku 'aku menulis bukan kerna nama' dan kemudian kau selitkan gurauan berbisa 'aku tulis nak ajak orang baca artikel'
    seperti aku mendengar maksudnya...

    mungkin aku tidak menulis sampai ke syurga, namun tidak pula aku memilih mengajak dosa

    ReplyDelete
  25. sajak anda tentang rendra sudah saya bacakan. harap anda gembira.

    ReplyDelete
  26. salam abuyon..

    ya, mmg benar. skrg ini penulisan mengalami proses revolusi..

    setuju dgn anda. :)

    ReplyDelete
  27. Salam Bro Pyan,
    Moga Allah merahmatimu dan rakan seperjuangan (ngeteh)sekalian :)

    Terima kasih bro, ya saya gembira (syukur sebenarnya) kerana dapat menyumbangkan kata

    Saya lebih-lebih gembira kerana Pyanhabib yang mendeklamasikannya

    Sebagai tanda terima kasih, justeru, untukmu bro Pyan, ada sajak dari saya yang telah tercipta tatkala pertama membaca blog hitam warna ini

    Harap sudi membacanya, lebih-lebih lagi meninggalkan jejaknya di sana yang pertama
    http://hijau-tinta.blogspot.com

    ReplyDelete
  28. Salam Lavender,

    Maafkan saya kalau membuatkan Lavender terkeliru.

    Benar katamu, selaras dengan hadis Nabi pula. Ada sebuah hadis akhir zaman yang senada dengan kata-katamu Lavender, bergembiralah .. Allah

    ReplyDelete
  29. Salam CT dan Basuh Baju,

    Suka atau tidak, menulis blog adalah revolusi. Dan ia ada dalam hadis Nabi akhir zaman, tentang mudahnya penulisan

    Basuh baju pun sekarang adalah revolusi,
    ke guane :)

    ReplyDelete
  30. aku masih terkeliru
    kerna kamu berbahasakan hadis
    dan aku cetek
    atau mungkin benar firasat ini
    hanya kerna tulisan kami tidak tercatit berNawaitu nama Allah
    maka telah kau putuskan
    syura pada siapa

    ReplyDelete
  31. salam Lavender,

    Maafkan saya kalau sahabat keliru. Maksud saya dengan perkataan saya ini ialah;

    "Benar katamu, selaras dengan hadis Nabi pula. Ada sebuah hadis akhir zaman yang senada dengan kata-katamu Lavender"

    perkataan sahabat yang ini;

    "mungkin aku tidak menulis sampai ke syurga, namun tidak pula aku memilih mengajak dosa"

    isinya adalah sama dengan hadis Nabi ini;

    "Akan datang suatu masa pada manusia, pada masa itu seorang lelaki dihadapkan dengan pilihan antara kelemahan dan maksiat, maka barangsiapa menjumpai masa itu, hendaklah memilih kelemahan dan meninggalkan kemaksiatan" [Riwayat Hakim dari Abu Hurairah]

    Perkataan saya itu pujian kepada sahabat sebenarnya.

    ReplyDelete
  32. mendung mengukir wajah...
    wajah siapa disebaliknya...

    telah lama ternoktah...
    muncullah kalimah tersergam...
    revolusi pejuang islam...
    agar tidak ternoktah ajaran Allah...

    tiada siapa memiliki syurga...
    tiada siapa memiliki neraka...
    itu semua pemberian Allah...
    rahmatNya untuk insan didunia...
    Allah sahaja memiliki syurga neraka...
    manusia hanya penetap dialam ini...
    untuk mati...

    ReplyDelete
  33. salam kunjung kembali teman;

    maka dengan itu malulah aku
    sudi kiranya maafkan aku untuk itu

    tapi dalam rasa in berbicara sendiri
    sebegitu dalam fahaman hadismu
    sebegitu kekurangan aku
    teselit cemburu padanya
    nyata seperti aku tercicir
    untuk memahamiNya
    tertunduk wajah ini jatuhkan muka ke lantai bumi
    sedang kaki masih berpijak lagi di tanah dengan izinNya
    tetapi seperti tidak aku menyukuri nikmat itu
    menjadi alpa walau dengan kesederhanna saja

    sedang melihat tulisanmu
    serta kamu juga Dhamah Shiffah
    sebenarnya aku kagum
    betapa kalam itu berwajah Dia
    dan aku berdolak dalik
    menolakNya bukan yang pertama
    nyata aku si mereka-mereka yang rugi
    terdiam aku menilai diri


    ~maaf andai mencuri ruang, mencuri peluang meluah..

    ReplyDelete
  34. Salam sahabatku Dhamah,

    Hidup, vice-versa
    Mati, vice-versa

    Hidup untuk mati, vice-versa
    Mati untuk hidup
    kembali

    Justeru, hidup adalah untuk
    hidup bersama Dia
    abadi


    "Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka dan jika aku menyembah-Mu mengharapkan syurga campakkanlah aku dari syurga tetapi jika aku menyembah-Mu demu Engkau semata, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku"
    - Rabiatul Adawiyah

    Baca saja, tak mampu dan tak layak berkata begitu sebab tak merasa bagai
    Rabiatul

    ReplyDelete
  35. Salam sahabatku Lavender,

    Nabi kita sangat suka meminta maaf dan memberi maaf. Justeru, ia satu perbuatan yang luarbiasa dan sangat tinggi mulia.

    Kalau begitu sahabat, kau termasuklah salah seorang darinya. Sebab, tiadalah pula apa-apa kesalahan yang kau perbuat.

    Untuk rasa hatimu yang itu, yang cemburu itu yang kagum itu, aku mengajakmu -

    Qum faanzir wa rabbaka fakabbir

    Tidak ada maaf bagimu, sebab satu zarah kau tak salahpun, hehe.

    ReplyDelete
  36. Salam...

    Setiap orang punya cara sendiri meluah rasa
    Punya matlamat berbeza
    Punya sebab yang tak sama
    Walaupun satu perkataan di kongsi bersama; Berblog.
    Biar apapun, moga jauh dari keburukan

    Erm..
    Ramadhan kembali lagi...?
    Tak lah.
    Ramadhan datang dan pergi
    Tapi tak pernah kembali.

    Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

    ReplyDelete
  37. engkau punca cerita sendiri...
    simpan ia untuk kembali...
    wajah cerahmu terpancar dimata...
    adakah benar itu dirimu...

    usahlah berkata syurga neraka...
    tiada siapa mampu untuk memberinya...
    bertanyalah kepada Allah...
    berapa lamakah aku didalam neraka...
    nascaya Thaubat menyusulinya...

    engkau bukan insan rugi...
    tiada siapa rugi didunia ini...
    malah diberikan nikmatNya tidak terhingga...
    sehingga engkau mengagungkanNya...
    menyebut namaNya...
    sehingga engkau lupa...
    siapa nama mu sendiri...

    setiap yang dihidupkan...
    berbeza sama sekali...
    pokoknya berbagai jenis...
    malah tidak sama daunnya...
    manusia berbagai ragam...
    malah wajahnya juga pelbagai...
    hebat Pencipta mengukir semuanya...
    tanpa ada yang menyerupaiNya...
    hebat Engkau Ya Allah...

    Adam sehingga Muhammad...
    dua puluh lima perjalanan...
    disusun atur satu persatu...
    menyedarkan insan hidup didunia...
    malah bilangan itu bertambah...
    bertambah sehingga akhirnya...
    membentuk satu keperibadian...
    keagungan untuk Engkau Ya Allah...
    diakhir nanti pahlawanNya kembali...
    menentukan tempat dimana diletakNya...

    berjuanglah sehingga akar umbi...
    jika engkau ingin menyaksikan...
    bagaimana pahlawan itu berlawan...
    mencari sinaran keagungan...
    Allah dalam impian...
    WujudNya membawa kegembiraan...
    menatapNya bagai igauan...
    mengasikkan...
    sehingga terjemumus dalam peperangan...
    akhir zaman....

    ReplyDelete
  38. selamat meraikan ramadan yang barakah.

    ReplyDelete
  39. salam suara,

    Bolehkah saya kata,
    di atas nama blog, kita bersuara
    di atas nama blog, kita bersatu

    Ramadhan, apa yang pernah datang, benar tak pernah kembali

    seperti kata A. Samad Said,
    ombak yang menjamah
    kakiku sekali
    takkan dapat
    kukenali lagi

    ReplyDelete
  40. salam sahabatku Dhamah,

    Benar ujarmu seperti juga katanya
    A. Samad Said, tentang ombak
    di atas

    Tiap apa yang ada
    berbeza

    Melainkan
    Dia

    ReplyDelete
  41. salam bro Pyan,

    Selamat juga meraikan dia,
    Ramadhan

    Moga Ramadhan kali ini,
    zero defect

    Rahmat-Nya atasmu,
    Maghfirah-Nya atasmu,
    Jauhkan kami dari api-Mu

    ReplyDelete
  42. salam ramadhan bro, saya setuju benar apa yang saudara tulis tu..sama2 menulis sampai ke syurga

    amin

    ReplyDelete
  43. salam Ramadhan Ammosham,

    Moga-moga, tetapi syaratnya itulah
    kena hadam pula -

    Tetapi tuan, bukan senang. Isinya mesti berbau harum syurga, kalamnya pula mesti acuan syariat Tuhan.

    Ke guane :)

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. angin tulisan itu terkadang hanya angin
    daun rasa tidak pun bergoyang
    malahan kita tidak pun nampak ianya berkembang
    kaku & pengap

    angin tulisan itu terkadang bagaikan ribut
    memecah semua batu rasa & resah impian
    tetapi sekadar angin berhembus pergi

    angin tulisan di alam maya semakin banjir
    sampaikan kita tak larat lagi merenanginya
    kita makin berkelompok terkadang kita lihat
    sesama kita bagaikan ombak yang bertamparan
    pecah di pantai pecah di dasar pecah di tengah lautan.

    aku masih mencari nilai Nur yang terbit dari dunia penulisan kita... namun terkadang terasa sifar, alam maya memang lebih bebas & terbuka namun terkadang ianya amat tersembunyi...

    alam media masa arus perdana kita tahu & pasti makin dibolot oleh penulis mapan & satu kelompok...

    memang aku lebih selesa jadi pemblok biar punya hanya seorang dua membacanya.

    ReplyDelete
  46. salam Idan,

    Memang sahabat penyair
    orangnya

    Bila ingat waktu dulu-dulu,
    dan sekarang - nyata
    istiqamahmu

    Moga sahabat menulis, terus-terus
    biar sampai tembus-tembus

    Sajakku Kalam Penyair, yang pertama
    untukmu sahabat - masih
    ingatkah

    ReplyDelete
  47. Salam buat tuan rumah.

    Setiap perkara akan hadir bersama2 dgn kebaikan & keburukan. Namun tangan2 kitalah yg mencorakkannya bagi memelihara apa yg pada asalnya atas tujuan kebaikan & kebenaran. Moga setiap perlakuan kita mendapat keberkatan & rahmat dari Yang Esa.

    Hmm apa ye yg saudara maksudkan dgn saya sebagai junior tu? Saya kurang jelas.

    ReplyDelete
  48. salam justme,

    Oo saya hanya membuat anggapan, barangkali just me ini Jasmi,
    junior saya masa sekolah dulu,
    lelaki

    Bukan ya ..he maafkan kerana
    mengundang keliru :)

    Moga beroleh rahmat dan
    barakah-Nya

    ReplyDelete
  49. kalau gua menulis untuk kepuasan boleh walaupun menyinggung hati maluri orang lain???

    hamba hanya bertanya...

    ReplyDelete
  50. salam Kimisai,

    Kepuasan dalam menulis hanya bila tulisan dibaca orang. Tetapi kalau seperti yang dikatakan kimisai, menulis untuk kepuasan diri - barangkali tulisan itu tidak perlu diblogkan. Sebab bila berblog, pasti ada yang membacanya. Kita boleh saja tulis di dalam diari. Pasti tidak ada yang membaca dan menyebabkan sesiapa tersinggung.

    Apabila kita menulis biar siapa dan bagaimana kita, moleklah kita berpegang kepada hadis Nabi ini,

    Sebaik-baik manusia, ialah yang memberi manafaat kepada manusia yang lainnya

    Dan kalau hati kita tulus, kita tidak mahu sesiapapun tersinggung lantaran tulisan kita itu. Kalaupun ada hati yang tersinggung, biarlah apa yang ditulis itu berlandaskan kebenaran, sebagai sabda Nabi,

    Berkata benar walaupun pahit

    Moga-moga beroleh rasa. Boleh saja berdiskusi lagi di sini, Insya-Allah

    ReplyDelete
  51. Sebut sahaja Abuyon
    masakan petah suara puisi akan terhenti
    sebenarnya dalam diri
    bagaikan ada unggun api
    memarakkan cahaya puisi
    untuk berpinar bersama
    berkongsi saksi hidup
    di bungkah igauan semalam

    aku rindu amat menjadi aku dulu
    duduk dengan Pyanhabib di senjakala
    di padang merbuk melafazkan kata jiwa
    yang meresap dengan nada tali gitar
    & serak basah ucap setia...mendeklamasikan puisi tanpa tajuknya!

    aku rindu amat menjadi aku dulu
    berteater bersama Meor Hashim
    Sani Sudin & Abg Hisham
    melihat detik ambang merdeka
    aku perasan Pyanhabid amat rapat dengan Meor
    aku sekadar agas-agas kecil
    yang hilang dengan cahaya neon semalam
    desakan hidup mengetepikan erti akrab
    lalu semua rakan dulu tidak lagi menyapa
    malahan jauh sekali mengenal aku.

    Sendiri:ô↑╕... sepi amat!

    Aku nampak bayang Arwah Abg Sabtu
    bayangan Zain Yahya semakin hilang
    dengan celoteh S Azli...

    Lalu benang puisi ini mengikat kita
    sampai bila-bila aku akan
    hampir denganmu rakan-rakanku
    Abuyon, Terima Kasih lantaran memberi respon
    setiap tulisanku...

    ReplyDelete
  52. salam sahabatku Idan,

    Begitu rupanya. Hmm .. justeru kenapa tidak
    kau hulurkan semula tali agar
    persahabatan terikat
    kembali

    Alanglah indah jika diingat
    segala memoir, yang dulu
    yang dulu

    Ah, lagi indah jika segala
    memoir sekali lagi
    bersatu

    Sahabat, kepada Tuhan
    kau mohonlah

    Sahabat,
    Hati dan lidahmu, tulisan
    dan patahmu memanglah
    syair

    Kau sahabat, memang
    penyair

    ReplyDelete
  53. ingin berkata suara tiada...
    tidak tenteram tanpa Dia...
    sepi hidup bermaharaja pula...
    jika itu ketentuanNya...
    tiada suara jua tidak mengapa...

    suatu hari bakal tiba...
    membuatkan sepi tanpa kata...
    bukan itu sahaja...
    membutakan mata memekakkan telingga...
    sehingga tiada apa yang ada...
    akhirnya menentukan siapa disisiNya...

    ReplyDelete
  54. Kau bertandang juga,
    lamanmu terbuka

    Ahlan ya sahabat

    Suara tanpa kata, adalah
    hati yang berzikir
    kepada-Nya

    Allah, Allah, Allah

    Hilang diri, timbul
    Dia

    ReplyDelete
  55. mengukir perjalanan...
    mencorak liku kehidupan...
    terbentang jalan dihadapan...
    dilalui jalan lain pula...
    ingin merasa apa yang ada...
    disangka ada rupanya tiada...
    akhirnya mengerti apa yang ADA...

    ReplyDelete
  56. "Dengan ini, saya isytiharkan sendiri, zaman ini adalah revolusi penulisan."

    Tersenyum saya membacanya.

    Wah, kalam pak cik ini, terkesan sungguh kita membacanya. Langgam bahasa yang menarik tapi isinya terus dan sampai. Saya faham. Terima kasih kerana mengingatkan. Menulis bukan kerna nama. =)

    ReplyDelete
  57. salam Balqis,

    Terima kasih kerana tersenyum, bukan mengata.. he

    Yup, menulis kerana-Nya. Bukan kerana lain dari-Nya.

    Akanku karang lagu syair
    biar sampai tembus-tembus

    Akanku tulis lagu syair
    agar nampak kebesaran dan
    keagungan Tuhan.

    Balqis, for your info, saya ada blog khas sajak (takut orang tu tak perasan.. he) - http://hijau-tinta.blogspot.com bacalah, moga-moga beroleh rasa, faham juga, Insya-Allah.

    Revolusi Penulisan
    Zaman ini, tiap orang mahu menulis,
    adalah aspirasi

    Zaman ini, tiap patah yang ditulis,
    adalah kontroversi

    Dengan ini zaman ini,
    aku isytiharkan
    sendiri –

    Dengan terledaknya blog,
    adalah revolusi

    Dari tarikan nafas,
    abuyon
    Madrasah Sains
    27 Julai 09 10.50 pagi
    _________

    Inspirasi dari artikel abuyon
    Menulis sampai ke syurga

    ReplyDelete
  58. Laju sahaja keluar idea pok cik tulis sajak. Kalau saya, dua tiga hari peram dululah baru keluar satu sajak. Selalu datang ilham, kemudian lupa begitu sahaja. Aduhai. Seronok juga baca sajak-sajak pok cik di Hijau Tinta (perasan, perasan lama dah. He...

    ReplyDelete
  59. salam Balqis,

    Entahlah ya. Tapi barangkali itulah
    yang dipanggil orang, ilham. Soalan itu,
    jawabnya macam sajak saya -
    Anugerah Ilham

    Sebenarnya, dah lama tak tulis sajak
    sudah 10 tahun lebih lamanya, baru
    sekarang Allah gerakkan hati. Dan untuk itu, saya bersyukur kepada-Nya
    sebanyak-banyaknya.

    Petikan artikel http://abuyon.blogspot.com/2009/01/kalam-penyair.html

    "Kini tahun 2009 dan tahun 1999 tarikh sajak di atas disiapkan, sudah 10 tahun lamanya. Juga sudah 10 tahun rupanya saya berhenti menulis bait-bait puitis ini.

    Ada juga sajak yang ditulis pada 1995 - 1997. Berhenti menulis, sebab sambung belajar. Kedua, segala sajak yang disimpan dalam MS-Word, habis hilang kena worm (baru wujud pada masa tu). Tinggal sikit-sikit saja yang tercetak, dapat diselamatkan. Ketiga, memang tak ada ilham dari Tuhan, kering.

    Masa tu, blog tak ada lagi. Jadi, sajak dihantar ke laman melayu.com. Tapi bila melayu.com upgrade, habis juga sajak-sajak tu .. he

    ReplyDelete
  60. Salam,

    Apa khabar orang ganu? semoga kita dapat mengejar ramadhan yang berbaki.

    ReplyDelete
  61. salam ya syeikh,

    Khabar baik, cuma di sini isi tak berganti. Di sana, Hijau Tinta abuyon, saya menulis.

    So, macamana Malaysia atau sudah rindu udara dan bau Tanta?

    Salam lebaran dari saya dan keluarga, baca sajak di sana ya

    Pak Di, duit raya tak dok ke.. pinta anak saya, hehe

    ReplyDelete
  62. Peringatan membekas, Semangat menetas.

    ReplyDelete
  63. Seronoknye baca tulisan tuan. Puitis dan bermakna. Semoga terus menulis...

    ReplyDelete
  64. Moga beroleh rasa ya ukhti di laman yang dhaif hina ini. Tidak diberi oleh-Nya untuk saya menulis lagi. Bagaimanapun, jemputlah ke http://hijau-tinta.blogspot.com Ini penawar jiwaku.

    Moga beroleh rasa pula di sana, Insya-Allah.

    ReplyDelete