Friday, July 10, 2009

Selsema Yang Impaknya Maksima [1]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Tiap yang berlaku pasti ada hikmah dari-Nya

Bala datang, tiba-tiba. Tetapi tidak sia-sia. Sebagaimana ungkapan-Nya, tiap yang berlaku pasti ada hikmah dari-Nya. Bala apakah tuan, sampai lidah ini dan sesiapa sahaja menyebut-nyebutnya, hangat dan berulang. Bala apakah tuan, sampai menggegerkan bukan saja di alam Melayu ini bahkan seantero dunia.

Ya tuan, inilah bala yang menyapa melalui penyakit biasa-biasa, selsema namanya. Saya tidak suka mengejanya, selesema. Selsema itulah pada saya yang benarnya, sebab demikianlah kita menyebutnya. Begitu juga dengan baru, saya tidak suka mengejanya, baharu. Sebab sudah biasa kita menyebutnya, baru dan dari dulu lagi mengejanya, baru. Yang baru dari yang bharu atau bahru. Pada saya, dua-dua terpakai mengikut suasana, baru dan baharu.



Lihatlah tuan, selsema hanya tetapi impaknya maksima. Selsema cuma, tetapi manusia mati oleh kerananya. Macam api, ketika kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Demikianlah selsema, bila seorang kena, biasa sahaja tetapi bila seribu kena ia merebak menjadi wabak. Merebak wabak merata-rata seluruh alam, tak kenal siapa tak kenal orang. Begitu tuan, biar saya khabarkan, selsema ini bukan sebarang, selsema ini barang yang haram, babi namanya.

Molek sangatlah diberi namanya, selsema babi. Babi, sebab memang itulah punca dan hakikatnya. Biarpun ada yang mahu menukar nama, H1N1, A1B1 atau C1D1 ke apa yang utama dan hakikatnya yang itulah jua. [Eh, molek juga kalau diberi nama BAB1, saintifik dan kena pula, ke guane]

Jelek sungguh perkataan yang satu ini, sampai pernah dulu dikhinzirkan orang, jadi Arab pula ia. Hey kawan, babi pun babilah, kenapa pula kita bimbang sangat, apahal. Padahal memang itulah namanya. Tetapi kenapa menyebutnya jadi jelek sangat, kenapa hina sangat. Apakah sebabnya, apakah usulnya sampai orang khasnya bangsa Melayu merasa jelek hina sangat. Ya, ada sebabnya, ada usulnya, tak lain tak bukan ialah dari urat ajaran Islam itu sendiri.

Ya, orang Melayu lebih lagilah. Sebut saja namanya, menggeletar seluruh anggota, geli. Barang dijauhkan yang ini, simpang selisih malaikat empat puluh empat, 44. Mendengarnya saja sudah hendak terkeluar segala apa isi yang ada, apatah lagi mahu menyentuhnya. Melihatnya saja pun sudah tidak mahu, buat pejam celik pejam, lebih banyak pejam dari celik, apatah lagi mahu memamah, memakannya.

Selamat orang Melayu dengan perintah Tuhannya yang satu ini, dari asbab mendengarnya saja sudah tidak berselera mereka, bagai hendak terkeluar tahi telinga. Barangkali, kalau keadaan darurat sekalipun, takkan Melayu hendak memakannya, meskipun sudah halal hukumnya.




Tetapi tuan lihatlah pula, bila datangnya api amarah, disumpah seranah, dimaki-hamun orang dipakailah pula kalimat yang hina ini, disebutnya dengan ditekankan makhrajnya jelas-jelas. Biar sakit hati yang mendengarnya. Biar padan muka, diserupakan dengan babi. Dan orang yang dimakinya tadi, naiklah angin naik minyak pula dia, sebab diserupakan dia, manusia dengan babi. Berbalah, bergaduhlah pula sesama Melayu.

Sebab apa tuan, sebab itulah, mendengarnya saja pun sudah tidak sudi, lebih-lebih lagilah bila menyebut-nyebut di hadapan muka dengan lafaz dan niat menghina, hendak disamakan orang dengan haiwan itu.

"Bab Satu
," kata kawan saya, pandai dia memberi nama.

Hinanya barang yang diharamkan Tuhan, meresap masuk ke dalam, ke seluruh badan, menjadi sebati perkataan haram, dengan jiwa dan alam orang-orang Melayu, orang Nnayu. Begitulah pendidikan Tuhan, dalam dan halus, sepatah pun cukup bagi orang yang mengerti, sepatah pun memadai bagi orang yang faham.

Justeru, ingatlah tuan-tuan dan sesiapa, barang yang diharamkan Tuhan, pastilah ada sebabnya, kenapa dan apa. Faham-fahamlah kita, jangan macam Yahudi pula, keras kepala, babil (sebutnya ba bay) dan derhaka. Macam juga kes yang pegang dan bela anjing.

Tidak sia-sia bala datang, kenapa. Sebab ada hikmahnya pula. Hebohnya, selsema ini isyarat dari Tuhan untuk mengingatkan dunia dan kita, bahwa babi adalah haiwan, makhluk yang Dia haramkan. Mengingatkan kepada manusia lebih-lebih lagi kepada orang bukan Islam, orang kafir bahawa benar bangatnya kalam Tuhan dan ajaran Islam yang mengharamkan.

Babi, bukan makanan kita, bukan hidangan manusia dan sesiapa melainkan hanya sebagai amaran, bahan, tanda, peringatan dan ujian. Cubalah tuan huraikan tiap satu yang saya sebutkan ini, pasti ketemu hujah dan sebab apakah ia, babi itu sebagai amaran, bahan, tanda dan lainnya.

Mari kita renung lagi. Biasanya, kalau yang sakit atau penyakit, apa yang pahit itulah ubatnya. Kata orang tua-tua, lagi pahit lagi cepatlah baik, berkesan. Justeru, kalau yang sedap atau lazat, apa yang diharam, apa yang dilarang itulah hendaknya. Dan babi itu diakui, sedap dan lazat oleh yang biasa memakannya. Nikmat dunia, kata mereka.

Bukan salah babi pun, melainkan dugaan dan ujian Tuhan ke atas manusia belaka. Padahal sudah dikaji doktor, isinya berpenyakit tetapi manusia hendak juga. Padahal sudah diketahui cara makannya jelas kotor dan cemar tetapi manusia lalu juga. Ya, bersih batinnya barangkali lebih dari kita, tetapi zahirnya memanglah kotor pula.

Ah, Tuhan nak sudi kita. Dengan babi pun, sudah lemah manusia, tidak berdaya. Demikianlah aturan Tuhan, sesiapa.

Dari tarikan nafas,
@buyon

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya tergelak sendiri bila baca kartun babi itu. Aduh, macam-macam.

    Di sini, pantang panggil Ya Himar, Enta Ibnu Kalbun dan Yakhribbittak.. pasti arab meradang dan naik angin.

    Kata-kata itukan seperti pedang.. sekali cucuk sepanjang hayat terasa. Ke guane?

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wm wbt,

    Itulah, bila entrynya ada kaitan dengan babi,ana cuba cari imej yang agak-agak sesuai di google, tapi tak sampai 2 pages menyelak tak tergamak pula melihatnya.

    Tiba-tiba terjumpa kartun ini di laman mana ntah, terus gelak sorang-sorang. Molek juga ni. Apa-apapun orang Melayu bab-bab ini memang sensitif termasuk yang menulis ini pun .. hehe.

    ReplyDelete
  3. Salam semua. Ya Tuhan, masinkah n3 saya. Selsema yang impaknya maksima telah merebak sampai ke tempat saya. Innalillah, astaghfirullah. Itu yang tak bestnya. Yang bestnya, cuti seminggu semua [26 - 30 Julai 2009]. Alhamdulillah.

    Tulis ni sebagai rekod.

    ReplyDelete