Thursday, July 16, 2009

Tutup Muka, Ala Zorro Atau Agama

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Artikel ini nama lainnya, Selsema Yang Impaknya Maksima [2]. Bacalah kawan, dengan hatimu paling dalam.

Adapun selsema itu tuan-tuan, penyakit biasa dan tua pula. Sinonim sudah ia dengan manusia, ibarat aur dengan tebing rasanya. Biasa, kerana kita biasa kena dan biasa mengalaminya dan biasa pula kita sembuh darinya. Tua, kerana sudah lama ia dari zaman Nabi kita, juga zaman Nabi sebelum-sebelumnya.

Namun begitu, meski biasa dan tua, Nabi kita sudah mengajarkan. Barangsiapa bersin, ucaplah dia hamdalah. Barangsiapa mendengar hamdalah itu, ucaplah ucapan sekian, dan yang mendengarnya pula, ucaplah sekian-sekian. Dan bersin itu, tanda dan alamatnya selsema. Biarpun bukan mestinya, tetapi acap kali pula orang yang selsema, bersin-bersin dia.

Hamdalah, terima kasih kepada Tuhan, mengeluarkan yang tersekat, yang kotor dari badan. Cuba tuan bayangkan, hendak terbersin tetapi tertahan, hendak terbuang, tetapi tertahan. Adapun yang ini, tidaklah dapat saya bayangkan. Tuan, bagaimana?

Lihatlah pula tuan bila selsema yang ini datang, selsema yang barangnya haram, manusia sibuk memakai topeng di muka, ala Zorro ala Araban. Tutup muka atas alasan kesihatan. Debu-debu berterbangan, hembusan nafas samada berbau atau tidak, udara yang tercemar, membawa seribu satu macam penyakit; selsema, influenza atau lainnya.



Tutup muka semua, itu langkah pencegahan. Bak kata orang tua-tua orang putih, prevention is better than cure, meskipun penyakitnya sudah merebak ke serata alam. Eh, bukankah yang benarnya, jangan makan babi, jangan bela ia. Barulah prevention is better than cure, barulah benar.

Padahal jika kita renungkan, dan selidik dengan saksama, Islam lebih dahulu mengajarkan kita, molek berpurdah menutup muka. Ajarannya telah lama dahulu, sekarang baru nampak dan terasa hikmahnya. Meski tutup muka bukanlah wajib mengikut qaul yang mashyur tetapi atas alasan fitnah, wajib pula ia ditutup. Sebesar-besar fitnah bagi wanita ialah wajahnya. Dan sejak bila pula zaman ini dan dulu pun, wanita dan zamannya bebas dari fitnah. Zaman sekarang, akhir zaman orang sudah tidak mengira usia dan paras rupa. Dia hendak, dia buat meski pada seorang nenek tua renta.

Pula, kalau masuk kilang atau makmal atau bilik pembedahan, mereka yang berkenaan mesti menutup muka sebagai prosedur. Betapa nafas dari mulut seorang manusia, keluar dan masuknya ancaman kepada manusia lain, kepada produk dan mesin juga. Ini persoalan yang saya tinggalkan kepada muslimah yang membaca entry saya ini.

Pun begitu, berpurdah atau memakai niqab ini adalah amalan dan trend muslimah salafussoleh, dulu-dulu dan sekarang ini pun. Sampai ada hukum yang menyuruh para hajah membuka kain tutup muka mereka apabila berihram di Makkah. Itu tanda, sebelum dan selepas musim haji, mereka biasa berpurdah. Ia hukum dan amalan yang terhormat dan mulia bagi seorang muslimah, selamat dan menyelamatkan.

Justeru, saya mencadangkan kepada mereka yang berkenaan, yang sudah belajar tutup mukanya dek selsema bala ini, apakata jadikan tutup muka itu fesyen dan trend pakaian anda, ia selamat dan menyelamatkan. Atas alasan hukum, yang benarnya atau alasan kesihatan atau alasan prevention is better than cure, alternatifnya.



Sumber : Sesuci Qatrunnada

Tuan, kalau lelakinya pula bagaimana. Apa perlukah mereka juga menutup muka, berpurdah barangkali sebagaimana anjuran tuan di atas. O ya, lelaki. Tidaklah perlu pula mereka berpurdah tetapi atas alasan kesihatan dan pencemaran, kenalah mereka memakai tutup atau topeng muka, seperti hari ini jika isunya sudah jadi melarat, darurat dan mudharat.

Berpurdah tidaklah, tutup muka pakailah sebagai langkah pencegahan. Ah, lelaki kan lebih kuat darinya wanita. Meski selsema atau flu itu tidaklah mengenal sesiapa, rasanya imuniti lelaki lebih sikit daripada wanita. Lagipun, tutup mukanya wanita atas alasan yang lebih luas, demi maslahat yang lebih universal dan serampang sepuluh dua puluh bermata-mata.

O ya, ramai juga saya melihat blogger muslimah, para akhawat sekalian yang berpurdah di sini, di alam siber ini, di blog sana dan sini. Apakah kerana terpengaruh dengan cover-cover novel Islami semacam Salju Sakinah atau Ayat-ayat Cinta atau filemnya, atau menyembunyikan identiti di sini, tidaklah saya ketahui. Sekadar bertanya, apakah di luar sana demikian juga. Jika tidak, tak mengapa molek juga berniqab di sini jangan sampai timbul fitnah lantaran apa yang dipanggil gambar, ikon atau avatar, gravatar.



Logiknya, jika kita sering bertandang dan asyik berada di medium internet ini, ada tiga perkara yang kita kena jaga untuk mengelak dari timbulnya fitnah dan kontroversi. Pertama, patah tulisan yang dibaca dan ditulis. Kedua, muzik, bunyi dan suara yang didengar. Keempat, video-video dan gambar-gambar yang dilihat.


Jika ya, alhamdulillah. Anda lebih dahulu, advance dari yang lainnya darihal mencegah, sebelum surat perintah dikeluarkan oleh pihak hospital atau kementerian, atas darurat kesihatan. Anda lebih dahulu menyahut perintah Tuhan dari perintah lainnya, syabas.

Hal ini sama dalam pemakaian stokin. Kita pakai ia untuk menutup aurat kaki, aurat yang diremehkan yang sokmo-sokmo diabaikan. Atas nama hukum, ramai yang engkar dan enggan. Tetapi hairan pula saya, atas nama peraturan, atas dasar kesihatan ramai pula yang akur, memakai stokin, tebal dan hitam pula. Nampaknya, hukum dan logik manusia lebih hebat dari hukum dan logik Tuhan.

Atas nama cinta, saya menyeru supaya ditutup aurat itu dari dilihat yang bukan mahramnya. Cintanya kita kepada yang dicintai, menyebabkan kita membalutnya dengan cinta syariat yang hakiki. Hanya yang berdaftar saja boleh menikmati, hanya yang sign-up saja boleh menjelajahi.

Kalau di jabatan kerajaan, bagi yang cakna syariat, kita akan menyaksikan fenomena ini, kakitangan lelaki kalau tak pakai stokin adalah kesalahan, ditegur, dinasihat, diberi amaran dan dimarah meskipun kakinya bukan aurat. Tetapi kakitangan perempuan, kalau tak pakai stokin, tak ada siapa berbunyi meski kakinya aurat dan memakainya, peraturan jabatan.



Wahai, tutuplah kakimu, meski ada pendapat mengatakan ia bukan aurat. Wahai, tutuplah kakimu, kerana banyak hikmahnya. Wahai, tutuplah kakimu, untuk mengelak fitnah. Ini, ambillah pesanan saya ini, wahai wanita sekalian, fitnah bukan
wajah saja, melihat kaki pun cukup bagi setengah lelaki. Tutuplah, kerana ia selamat dan menyelamatkan.

Tutuplah ia, selain kerana peraturan, untuk keselesaan dan mencegah sakit dan berpenyakitnya kaki, tutuplah ia kerana perintah Tuhanmu.

Dari tarikan nafas,
@buyon

29 comments:

  1. salam abuyon,

    menutup muka juga la juga nanti kita. betul apa yang dikata pasal tutup mulut dimakmal tu. saya kekadang pakai gak. untuk elakkan kontaminasi pada kerja saya.

    lelaki berpurdah? rasanya lebih indah wanita bernikab. lebih indah jika dibuat kerana kefahaman, bukan terikut2 @ tersemangat apabila membaca 1@2 novel yang sebegitu rupa.

    muhasabah itu perlu, mujahadah tu selalu. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Pali. Tahajud ke malam tadi :) Yup benar, saya juga pernah ke kilang, kena pakai mask (tapi jangggutnya tak boleh tutup juga.. hehe), stokin dan tutup kepala sekali. Latest, kilang HPA di Perlis.

    Sesak nafas saya. Justeru, syabas saya ucapkan kepada yang berniqab terutama isteri, kerana sangat payah dan kuatnya uji.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Ya Syeikh Abuyon,

    Nampaknya pandangan kita sama dengan hal ini. Ternyata, saya beberapa kali dipersoal bila menegur wanita berpurdah dan bertanya apa tujuan mereka berpudah. Jawapannya, saya dianggap seperti memerli dan memperlekehkan mereka. Aduh, niat di hati mahu bertanya apa tujuannya.

    Bukan apa, saya bimbang takut ada yang ikut trend. Maklumlah novel sekarang asyik letak gambar wanita berpurdah di depannya.

    Tetapi kalau pakai kerana Allah, pakai kerana menjaga fitnah (mungkin terlalu comel) maka dipersilakan.

    Tentang stokin? berbuih mulut juga terangkan.. tapi wanita ini degil juga ya :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam ya syeikh,

    Yup begitulah senario hari ini. Banyak wanita keras hati. Ana suka satu senario dalam novel Salju Sakinah yang mana ustaz Naufal menegur Sumayyah berjalan seorang ketika hari dah malam.

    Memang lelaki zaman sekarang, dulu pun pantang melihat wanita. Tetapi lihatlah pula wanita sendiri dengan gaya seksinya, ya Allah.

    Stokin, itulah. Kerana ambil mudah, dan satu lagi kerana fatwa yang dikeluarkan.

    ReplyDelete
  5. salam ^^

    betul tu..Islam terlebih dahulu mendidik kita ke arah yang sangat sempurna..tapi, kita yang tidak mahu menerima..bila sudah terhantuk, baru nak menangis?

    ReplyDelete
  6. Salam Iliana

    Yup, Islam sempurna seperti sepohon kayu, bukan sempurna seperti batu, mengikut fahaman setengah orang. Pendidikan Islam adalah pendidikan Rasulullah SAW. Setiap suruhan pasti ada tujuan dan hikmahnya. Tinggal kita je nak ke tak mahu.

    Terhantuk baru menangis ya. Ini peribahasa untuk anak bongsu atau manja.

    ReplyDelete
  7. bismillah, Salam wbt..

    pertama kali rsanya sy menjejak ke sni.

    Alhamd, sbyk sdikit dpt sy pelajari. bkn mdh mahu istiqomah memakai niqob. jk keluar brhadpn masyarkt, wanita yg berniqob, meleret2, labuh2 pakaiannya ni, dianggap alien di mata mrka..

    "ha2". Alhamd, skrg sdh mula jelas hikmah pemakaian niqob ini. Syukran ust, rasanya blm ramai lg yg menulis ttg kelebihn niqob di kala pelbagai virus2, wabak mengwujud. =)

    sggh xsgka sy satu hari nnt org ramai mula pndang kelebihn berniqob ini..

    aah, maaf ya jka kepeningan mmbaca komenn sy. hmm, byk lg yg perlu sy beljr bab2 niqob ini. smg pemakai2 niqob sentiasa berniat memakai krn Allah..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, sebagai pesanan biar teguh hati bacalah selalu ayat-ayat Ilahi ini ..
    "Qul amantubillah summastaqim" - Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah!

    Dulu lagi dahsyat, hantu kum-kum namanya. Tapi dunia sudah berubah. Kalau fesyen dedah orang boleh terima, tak kan fesyen tutup tak boleh. Yang penting, hati dan minda terbuka, bukan aurat.

    Semoga terus istiqamah. O ya war-warkanlah kepada rakan-rakan ukht. semoga sama-sama beroleh manafaat Insya-Allah ..

    ReplyDelete
  9. Salam abuyon...
    Dah beberapa kali menjengok, membaca dan memerhati, tapi tak dapat melarikan jejari di keyboard untuk meluahkan pendapat yg tak seberapa.

    Tapi kali ini membaca apa yg tertulis, rasa begitu terkena dgn batang hidung sendiri. Aduh... Saya bertudung tapi tak sampai ke tahap berpurdah dan meletakkan gambar kecil semasa pergi annual dinner dgn pakaian memperlihatkan hanya mata (seolah berpurdah, tapi sbnrnya pakaian beragam). Nak berpurdah bila datang bekerja? Entahlah... Lemah sungguh sy ni...

    Rasa macam nak tukar gambar dulu laa...

    ReplyDelete
  10. BismiAllah..
    Salamu'alaykum wrb,,
    tahniah!
    artikel yg bgus dn bernas!
    benar..dn tepat,sdh smpi msanya buat kaum hawa mengerti..
    hakikat fesyen ini yg smemangnya jauh lebih baik dr fesyen2 d luar sna..
    lebih baik dr fesyen2 yg mulanya tuk santapan suami trcinta tetapi rupa2nya manusia semesta..
    fesyen yg sbenarnya pnya byk hikmah dr Khaliq tp mnusia tetap dgn keinginan hawa nfsunya..
    hrp2 dpt diistiqamahkan..
    skalipun cbrn insan skeliling...
    tp Allah tetap brsma2 sbgi peneman brjuang melawan fitnah dunia..

    skalipun bg ana,
    benar wanita di akhir zaman itu punca fitnah..
    ttpi msih blm trlambat kiranya mencegah dr berubat..
    masih prlunya kaum hawa jdkan ia sbgi slh satu pemakaian yg tinggi tarikannya di cc Allah skalipn mnusia skeliling msih memandang jelek dn ta dpt mnerimanya..

    alhmdllh..
    hidayah Allah dtg saat fitnah brlumba2 mncari mngsa..
    smg ana dpt istiqamah dn trgolong dlm klgn hmba2 yg diredhai Allah..

    syukran jaziilan atas peringatan yg wajar d baca oleh kaum hawa khususnya tak mengira tua dan muda..
    yarhamkallah akhi!

    ReplyDelete
  11. salam suara. Hmm.. rasanya tak perlu sampai menukar gambar. Sebab itulah yang saya maksudkan. Kalau tak dapat buat di real world, buatlah di sini, di blog, di internet ini :)

    Satu lagi kalau tak dapat buat masa bekerja, buatlah masa pergi pasar ke, makan angin ke .. ce cuba tegha test baru tahu ... berani ke idaknya :)

    Barangsiapa yang mengalaminya, barulah terasa manisnya - bukan hadis ya.

    Suara berani bersuara (beri komen)pun, kira alhamdulillah terus bersemangat saya.

    ReplyDelete
  12. salam زهرة حلوة, alhamdulillah puji-pujian untuk-Nya jua. Ya, muslimah kena jadikan pakaian muslimah sebagai trend atau fesyen semasa. Tetapi jangan yang macam hari ini, di atas nama agama, pakaian difesyenkan tetapi sebenarnya tabbaruj.

    Pernah, masa sambung belajar dahulu, adik-adik jamaah berpandangan bahawa berpurdah ini agak payah hendak berdakwah, kena biasa-biasa nak masuk di kalangan mereka.

    Lantas, saya menyanggah dengan selamba berkata, yang benarnya, dengan berpurdah itulah kamu berdakwah.

    Demikianlah, tetapi jangan salah faham pula ya kepada mereka yang tidak berpurdah. Maksud saya, muslimah senantiasa ada alternatif yang terbaiknya.

    ReplyDelete
  13. salam alaik.

    baru pertama kali jejak ke sini. salam ziarah sy ucapkn. penulisan abuyon sgt menarik. tahniah.

    sekadar cadangan. bol,eh abuyon ulas psal pemakaian celak pd muslimah? ramai yg berpurdah dan bercelak tebal (cover2 novel pn byk mcm ni). sy xtahu sama ada itu sunnah atau masuk tabarruj sbb ramai sgt yg kata, cantik bila muslimah berpurdah, kendian memakai celak.

    wassalam.

    ReplyDelete
  14. salam wardatul asrar. Ahlan, moga Allah merahmati. Alhamdulillah, puji dan puja hanya untuk-Nya.

    Wah, ulasan pasal celak, hmm payah juga tu. Tetapi Insya-Allah sebab saya berpegang kepada prinsip ini - gerak kita, gerak Dia bukan kita tapi Dia. Ada entry pasal ini, cubalah baca ya

    Insya-Allah, jika ada izin Tuhan. Jika digerakkan hati untuk menulis tentang itu, saya tulis. Yup, tulislah dari hati ... bukankah? :)

    ReplyDelete
  15. Bagus sekali Artikel nie... menambah kesedaran kpd kaum hawa betapa bagusnya menjaga aurat... Beruntunglah jika ada yg sedar.. Dan purdah.. beruntunglah kepada yg di beri anugerah berkemahuan mengenakannya kerana Allah.. Syukur.. Syukur.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  16. Salam tuan atau puan tanpa nama :)

    Jika tidak dapat berpurdah, menutup aurat sempurna sangatlah molek dan terpuji.

    Sekarang, semua orang di tempat saya memakai tutup muka lantaran selsema yang impaknya maksima itu. Hebatnya, bala lebih hebat dari tuan yang mengadakannya. Takut manusia lebih kepada makhluk-Nya dari pencipta.

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaykum Abuyon,

    Tulisan yang menarik. Benarlah segala kata tentang purdah. Saya punya impian menulis tentangnya namun belum tiba masanya.

    Bila Abuyon sudah menulis, ia lebih baik dari pandangan seorang lelaki sebenarnya kerana wanita itu fitnah bagi kaum lelaki.

    Alang-alang Abuyon sudah menulis tentang purdah@niqab@cadar ini, saya suka kalau Abuyon dapat beri pandangan mengenai wanita yang membuka purdah selepas berkahwin kerana suami tidak suka mereka berpurdah.

    Di kalangan sahabat-sahabat saya ramai yang mengambil tindakan demikian meskipun mereka masih cintakan purdah. Ada yang terus membuka purdah sebaik sahaja berkahwin kerana takut derhaka pada suami.

    Ada yang cuba bertahan di awal-awal tahun perkahwinan sambil cuba memahamkan dan memujuk suami namun akhirnya mereka tewas juga.

    Sebagai wanita yang semakin berusia (saya lebih muda setahun dari doktor), saya tetap merasakan fitnah itu ada di mana-mana. Bagai yang Abuyon sebut, wanita tua pun boleh menjadi mangsa.

    Mungkin Abuyon punya pengalaman bersama kawan-kawan yang tidak suka isterinya berpurdah kerana apa sebenarnya? Apakah mereka takut pada kata-kata manusia atau alasan syarak?
    Sesetengahnya memberi alasan tiada lagi fitnah bagi wanita yang sudah berkahwin. Atau adakah mereka bangga dapat memperlihatkan isteri yang cantik (jika cantik?)

    Saya ingin berbicara tentang hal ini di dalam blog saya suatu hari nanti, insya Allah.

    Terima kasih kerana meninggalkan buah tangan berguna di rumah saya yang tidak seberapa.

    Wassalam.

    Ummu Abbas

    ReplyDelete
  18. Wa'alaykumsalam wm wbt,

    Bukankah ummu sudah menulis tentangnya, purdah. Sebab itulah saya tinggalkan jejak di sana. Agar di sini, ummu beroleh apa-apa yang tertinggal dari apa yang kita sudah faham atau orang kata, kita tengok dari sisi yang lain pula, second thought.

    Sebab manusia, kadang bila kita bercakap atas hukum, tak mahu dia. Dan biasa pula, bila kita bercakap atas soal hati atau kena dengan logiknya, mahu dia. Contohnya, macam kes pakai stokin.

    Ya, alhamdulillah, saya ada pengalaman kawan yang isterinya berpurdah sebelum berkahwin dan membukanya selepas.

    Lebih malang lagi, ramai para isteri yang dulunya naqibah telah buang apa yang ada pada mereka padahal kerana apa yang ada itulah mereka dipanggil "muslimat".

    Mereka tidak lagi memakai jubah, jilbab labuh dan stokin. Alasan utama, sebagaimana yang ummu telah nyatakan. Padahal, yang benarnya alasan itu banyaknya dari diri sendiri. Cubalah ummu tanya mereka, kenalan itu dari hati. Kadang bukan sebab suami. Suami tak kisah pun nak pakai ke tak nak ke.

    Insya-Allah, ada izin-Nya saya mohonlah agar Dia ilhamkan saya menulis.

    Moga-moga beroleh rasa dan faham, kita semua Insya-Allah

    ReplyDelete
  19. Hmmm... ada benarnya juga...'Padahal, yang benarnya alasan itu banyaknya dari diri sendiri.' Justeru banyak alasan dari diri sendiri itu, saya terkelu bicara bagaimana mahu mengingatkan semula sahabat-sahabat itu agar merindui dan menyintai kembali alam biah solehah serta berbangga dengan penampilan yang menyejukkan pandangan.

    Saya juga merasa semakin terbatas dalam usaha mempengaruhi sahabat-sahabat memandangkan jarang berjumpa dan masing-masing sudah bersuami.

    Apalah daya saya sebagai sahabat dibandingkan 'kuasa dan pengaruh' suami di sisi mereka sekarang. Itu yang pernah saya fikirkan. Entah benar, entahkan tidak.

    Apa pun, saya sering bersangka baik dengan mereka, rahmat Allah itu maha luas dan belum tentu saya lebih baik dari mereka.

    Dalam saya bimbangkan sahabat-sahabat, adalah lebih baik saya bimbangkan nasib diri di akhirat kelak.


    Moga Allah ampunkan saya dan mereka.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  20. Tak apa, ummu. Zaman ini akhir zaman. Nabi dah kata, siapa yang genggam Islam bak genggam bara. Dan tak ramai yang sanggup, meski lulusan agama, atau ilmu penuh di dada.

    Kita saling memahami, meski Abu Talib bapa saudaranya Nabi - tidak juga ia mengakui Allah itu Tuhannya yang Esa. Padahal manusia yang paling dekat dan paling mengasihi Nabi, dialah.

    Begitu, mari kita panjatkan doa kepada-Nya. Kita usaha, kita ajak, kita bercakap, kita menulis, kita berbuat dan kemudian kita serah kepada-Nya. Barangkali, kita masih tidak ikhlas. Sebab itu, tidak diberikan kemenangan. Kita masih belum memenuhi syarat.

    Justeru, kita pintalah kepada-Nya sebagai pinta Nabi ketika berlumuran darah di daerah Thaif

    Moga beroleh rasa, faham juga
    Insya-Allah

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum abuya,

    Saja jalan-jalan dekat blog abuya memandangkan tiada buat apa. Alhamdulillah, dapat juga mengutip sebarang dua ilmu di sini.

    Pertamanya, bila baca entri abuya, rasa macam membaca Sejarah Melayu - Tun Lanang (er, tak pernah baca lagi). Tetapi macam itulah, bahasa lama-lama zaman Melaka. Best

    Lepas itu, kaitan dengan kesihatan. Hurm, olahan yang baik, two thumbs up! Gitulah pun yang di'syariat'kan dek peraturan kesihatan dan hospital.

    Hamdalah, terima kasih kepada Tuhan, mengeluarkan yang tersekat, yang kotor dari badan. Cuba tuan bayangkan, hendak terbersin tetapi tertahan, hendak terbuang, tetapi tertahan. Adapun yang ini, tidaklah dapat saya bayangkan. Tuan, bagaimana?

    He... lucu! Bersin itu juga salah satu nikmat dari Tuhan, kan abuya?

    Tutup muka semua, itu langkah pencegahan. Bak kata orang tua-tua orang putih, prevention is better than cure, meskipun penyakitnya sudah merebak ke serata alam. Eh, bukankah yang benarnya, jangan makan babi, jangan bela ia. Barulah prevention is better than cure, barulah benar.

    Well said!

    Kiranya, saya pun bolehlah dikatakan selalu memakai niqab, kalau begitu. He...

    Err, InsyaAllah, moga diberi kekuatan untuk memakai niqab yang sebenar suatu hari nanti. Doakan ya, abuya!

    ReplyDelete
  22. salam Balqis,

    Yang benarnya, inilah hikmahnya bala
    itu, sebab kalau nak berpurdah
    inilah masanya.

    Pakai saja mask tu ke mana-mana,
    orang tak kata dah apa-apa,
    sekarang

    Bahkan, kalau pergi tempat
    awam kalau tak pakai, lagi
    orang menyampah, sebab
    tak jaga kesihatan

    Bahkan bukan orang Islam
    saja, non-muslim pun
    pakai .. he

    Am I right?

    ReplyDelete
  23. sebenarnya saya sedang mencari hujah2 yang kukuh utk saya memakai purdah. pernah kah abuyon terjumpa hadis atau riwayat yang menceritakan ganjaran yg akan diperolehi kepada yg memakai purdah?. saya ada terjumpa yg menyatakan "Seorang wanita yg menutup auratnya dgn purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13X dari wajah asal" dan "Semua org akan dipanggil utk melihat wajah Allah yg Maha Indah diakhirat nanti tetapi bagi Allah sendiri akan dtg utk berjumpa dgn wanita yg memberati auratnya iaitu yg memakai purdah dgn istiqamah" betul ke sebegitu?.
    saya yg perlu kan penjelasan.

    ReplyDelete
  24. salam ummi,

    Hukum memakai purdah@tutup muka telah dibincangkan oleh para ulama.

    Saya terlupa samada saya pernah atau belum terbaca hadis yang dimaksudkan. Pun begitu, saya berharap agar Allah permudahkan saya, dan menemuinya, Insya-Allah.

    Atau boleh merujuk dan bertanya kepada http://almalakawi.wordpress.com/ atau http://keranacinta.wordpress.com atau http://www.faridrashidi.com

    Insya-Allah, mereka boleh membantu.

    ReplyDelete
  25. Salam,

    Sangat menarik tulisan tuan ini.

    "Cintanya kita kepada yang dicintai, menyebabkan kita membalutnya dengan cinta syariat yang hakiki. Hanya yang berdaftar saja boleh menikmati, hanya yang sign-up saja boleh menjelajahi."

    Subhanallah, begitu indah.

    ReplyDelete
  26. salam ummu 'Aisyah,

    Moga ada manafaatnya untuk sesiapa, moga beroleh rasa, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  27. as slm sy snang dgn perkisahan d atas,bleh kn abuyon trangkn dgn lbh myeluruh bkenaan pmakaian niqob ini,dan alangkah terkejutnya sy ada mlihat tulisan seorng ustazah yg agak terkenal masa kini yg myatakn purdah ini hanyalah adat,bg sy yg bru ingin bjinak2 mgenakn niqob amat bharap akn panduan..jga bharap dpt myelidik dn myakinkn diri spenuhnya sblum mgenakn niqob spenuhnya..buat masa ini skaddar bniqob ktika mmandu dn pergi tmpt2 yg sy tak kenal org..sy sndiri tak [pasti,adakah sy takut org mgata sy krn berpurdah atau apa.sy tidaklh cntik sgt spt kata2 org bhw yg berpurdah i2 adalah mreka2 yg cntik,mcm wanita arab jd perlu berniqob..tp bg yg biasa2 spt sy ni tak payah perasan n mngada nk berniqob..sy pening..sy dh yakin dgn hati sy untuk bniqob ttapi takut dgn pandangan org skeliling,kluarga mertua..ipar duai dn sbagainya..krn sblum ini sy sgt liar dan tersesat jln..myimpang jauh..alhamdulillah Allah msh syg pertemukn dgn suami yg mbawa sy kluar dr kgelpan..tnjukkn sy cahaya Allah..sy malu adakah sy ini layak untuk berniqob?

    ReplyDelete
  28. W'salam. Moga Allah merahmati. Kadang, ada sesetengah perkara, molek kita berbuat tanpa banyak soal-soal, molek kita tempuh sendiri pengalaman tersebut. Sungguh, merasa itu lebih baik dari berfikir-fikir tentangnya. Bagaimanapun, cuba ukhti mencari sebuah buku bertajuk HIJAB karangan ustaz Wan Ali sebagai rujukan, motivasi dan inspirasi, Insya-Allah!

    Moga tetap dan teguh, Insya-Allah! Bila Allah memberi padamu, genggam kemaslah!

    ReplyDelete
  29. as slm..terima ksh tdak terhingga..wlaupun ringkas namun mberi kkuatan..

    ReplyDelete