Maha Penyayang
Matinya seorang waris
Tiba-tiba handset saya berbunyi. Bukan nada dering tetapi nada Bullfrog yang seringkali menyebabkan kawan-kawan terpinga-pinga. Kelihatan gadget itu bergetar-getar di atas meja komputer. Yup, bunyi tanda masuk sms, mesej ringkas : 1 message received
“Salam. Berita yang baru diterima daripada Syria. Al-Fatehah kepada tokoh gerakan Islam yang sangat kita segani, syeikh Fathi Yakan telah meninggal dunia sebentar tadi.”
Sent: 13-June-2009
08:21:20 pm
Satu saat, dua tiga, empat lima saat. Mulut ini masih terkatup, lidah kelu. Mata ini masih tajam menatap skrin pada handset. Betulkah? Hati ini masih ragu-ragu kerana, pernah beberapa kali terkena. Tok Guru dikatakan meninggal, siapa lagi, lupa. Tujuh, lapan saat. Eh, yang menghantar mesej itu seorang sahabat. Ya Allah, takkan dia main-main, dia sahabat, dia boleh dipercayai.
Allah, jantung ini berdetak, mengepam darah merah, deras ke seluruh penjuru daerah tubuh ini. Bagai tersedar dari lamunan, serentak melantun dari mulut ini jeritan, ya Allah dan kalimah innalillahi wa inna ilahi raji’uun.
Sembilan, sepuluh saat. Saya membaca ummul kitab, al-fatehah. Mata tidak menitiskan airnya, sungguh. Ah, mata mengapa engkau keras, sungguh keji. Ah, mata betapa engkau tegar, tidak tersentuh untuk sebuah kematian yang ini. Ah, mata sungguhlah engkau ini durjana.
Tetapi hati ini dari lubuknya yang paling dalam, menjerit-jerit, ya Allah, Allah, Allah, Allah. Aduhai ummah, sungguhlah hari ini hari yang gelap untuk kita, malang sungguh. Aduhai ummah, sungguhlah hari ini khabar yang gembira buat musuh. Kematian beliau sungguh satu kehilangan, yang amat, yang amat. Kata pepatah Melayu, patah tumbuh, hilang berganti tidak terpakai di sini. Hilangnya tiada pengganti. Meski akan ada peribadi-peribadi lain yang akan menyambung tugas beliau, tetaplah tidak sama. Nama besar Fathi Yakan di zaman moden ini, payahlah kita mencari gantinya.
Sumber foto : Voice of Fatih
Saya tidaklah kenal peribadi Fathi Yakan sebagaimana saya kenal peribadi Hassan Al-Banna. Hassan Al-Banna, inilah orang yang memperkenalkan saya kepada dakwah dan Islam melalui buku dan memoirnya yang ditulis orang. Hassan Al-Banna, inilah orang yang membentuk dan mencanai fikrah dan jiwa saya tentang harakah Islamiyyah, seusia 13 tahun sampailah sekarang. Meski belum menjadi, barangkali tetapi itulah acuannya.
Kenapa tidak kenal dan hafal peribadi seorang Fathi Yakan. Itu salah saya, salah sendiri. Yang benarnya, saya belum pernah berjumpa dan membaca memoir tentang Fathi Yakan yang ditulis orang. Kalau ada, sekali lagi salah saya, salah sendiri. Pun begitu, barangkali memang sudah aturan Tuhan begitu. Barang yang ada dan hidup tidak pula disapa dan dipuja. Bila tiada barulah terkenang dan kesal di dada.
Teringat pula kepada seniman tersohor kita, P. Ramlee. Sekian lama menjadi arwah, baru diberi gelaran Tan Sri ke apa, sudah mati apa pula guna. Tuannya sudah mati, kita baru hendak mengkaji, buku dan peribadi. Tuannya sudah mati, kita baru nampak, jasa dan hati budi. Masa ada, orang keji. Masa tiada, orang puji. Memang, orang-orang seperti beliau Fathi Yakan, sudah tiada, barulah timbul segala yang jadi legasi. Jadi legenda, jadi bahan rujuk dan jadi model yang ampuh sekali. Lihat Hassan Al-Banna, lihat Imam Al-Ghazali.
Adapun Fathi Yakan, saya mengenal beliau melalui bukunya yang tersohor itulah. Bukunya itulah yang mencerahkan saya mengenai Islam yang tercinta. Bukunya itulah yang mengertikan saya menjadi seorang Islam, dalam erti yang luas dan benar. Bukunya pengetahuan Islam saya di dada. Bukunya kefahaman Islam saya di kepala. Bukunya teks usrah saya dan sesiapa.
Ya, bukunya itulah. Seingat saya, sudah beberapa naskhah saya membeli bukunya yang satu itu. Tidak pernah lekat. Ada yang hilang dalam simpanan, ada yang dihadiahkan kepada orang [paling bahagia, buku ini pernah dihadiahkan kepada seorang isteri rakan yang mualaf, lama dahulu saat mereka masih pengantin baru], ada yang hilang dalam pinjaman, ini yang banyak. Pun begitu, ada dua lagi dalam koleksi saya, dua-dua isteri saya yang punya.
Beliau, Fathi Yakan saya mahu serupakan seperti Imam Al-Ghazali. Lihatlah kawan-kawan, Imam Al-Ghazali dengan bukunya Ihya Ulumuddin. Pengetahuan dan makrifat yang terkandung di dalamnya, yang sudah beratus-ratus tahun dikarang, mengalir kepada kita sampai ke hari ini. Bukunya, disyarah, dibahas, diajar, diterjemah, diulas dan yang utamanya, diamalkan. Hingga diperikan cendekiawan, jika sesat dan keliru dalam tarikat dan makrifat sesiapa atau jamaah, bukunya itulah tempat rujukan. Bukunya itulah tempat kembali ke pangkal jalan. Bukunya itulah tempat kembali jernihnya fahaman dan manis lazatnya rasa berTuhan. Nyatanya, bukunya itu penuh barakah dan penuh kurnia dari Tuhannya.
Demikian Imam Al-Ghazali, begitulah juga Al-Ustaz Fathi Yakan. Bukunya itu, Madha Ya’ni Intima’I Lil-Islam, terkandung di dalamnya pengetahuan dan makrifat, yang telah mengalir kepada kita hari ini dan esok, untuk generasi seterusnya. Bukunya, disyarah, dibahas, diajar, diterjemah dan diulas di sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi dan di mana-mana. Bukunya, menjernihkan fikrah dan jiwa kita terhadap harakah dan dakwah, Iman dan Islam. Buku besar, penuh barakah yang telah menjadikan nama beliau, besar. Buku besar, penuh kurnia yang sudah membina beberapa generasi.
Seorang warismu telah pergi, seorang warismu telah meninggal, warismu ya Rasul, warismu ya Rasulullah. Beliau telah meninggalkan kami, saat kami masih perlu, pimpin dan tunjuk ajarnya. Fathi Yakan warismu, yang tiada duanya telah pergi.
Sebelas, dua belas saat. Sekali lagi saya membaca fatehah. Bakti satu-satunya saya kepada beliau. Ya Allah, semoga beliau termasuk di kalangan para syuhada dan solehin. Semoga beliau dicucuri rahmat-Mu, sebanyak-banyaknya dan limpah kurnia-Mu, sebesar-besarnya. Semoga beliau bertemu-Mu dalam rehatnya dengan senyuman, paling manis. Semoga beliau bertemu-Mu dalam syurga-Mu dengan ketawa, paling bahagia seorang pejuang.
Tidak cepat walau sesaat, tidak lambat walau sesaat. Ya kita pasti menemuinya, kematian.
__________________
Tiba-tiba, teringat saya kepada bait-bait nasyid ini, yang sering dinyanyikan sewaktu akan berpisah dengan kawan dan jamaah.
Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru airmata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri ....
Bangunkan ummah bina generasi ....
Dari tarikan nafas,
@buyon

Salam,
ReplyDeleteBegitulah lumrahnya alam. Setiap manusia akan kembali mengadap pencipta. Namun yang paling terasa kehilangan ialah bila mati golongan Ulama', cerdik pandai, agamawan, kerana mereka membawa risalah Rasulullah SAW.
Sukar untuk menggantikan permata kepada berlian.
ya syeikh, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama tapi beliau. almarhum bukan setakat nama bahkan lebih dari itu. Moga buku-bukunya terutama Maza Yakni terus dimanafaatkan ummah, terus mengalir hikmah di dalamnya.
ReplyDeletedulu digemparkan dengan pembunuhan syeikh ahmad yassin, satu persatu ulama ini pergi menuju kepada Maha Pencinta.
ReplyDeleteBenar nukilan anda abuyon, dan komen ini. Apa yang boleh dilakukan kini, kenal pasti siapa yang masih ada, agar tidak jadi seperi P Ramlee.
makasih atas peringatan. :)
Ya, merekalah antara ulama yang amilin, bahkan ada antaranya, matinya itu lebih banyak meninggalkan impak daripada hidupnya. Matinya mereka membawa manafaat yang lebih besar berbanding semasa hidup mereka.
ReplyDeleteSama-sama :) sama-sama ingat.
Salam Abuyon,
ReplyDeleteSemua atas kehendaknya..
Jika mengerti pasti lahir rasa
Mudahkah ke nak lahirkan rasa?
Cuma dengan izinNYA dah kehendak hati kita yg mahukan rasa hadir lahir di kalbu akan
mendapat rasa milik Tuhan
Pada yg tak tahu faedah rasa pasti anggap biasa
Baru semalam ana terbaca,
"Setiap jiwa pasti merasa mati"
Bagaimana golongan jin boleh mati mendengar patah firman Allah SWT ini? dan pasti asbabnya Allah yg punya kekuatan dalam firmanNYA
Cubalah rasa, Ulang dan ulang sebutannya firman Allah itu, bukan hendak melihat kematian seperti yg dikata cuma nak beroleh rasa dan hidayah hasil sebutan dari kalam Allah SWT ..Moga mendapat hidayah lagi dan lagi..
Salam Hajia,
ReplyDeleteKomen Hajia ni sebenarnya boleh jadikan entry. Ada isi, bernas sekali. Ada isi, bermakna sekali. Edit sikit lagi, panjangkan sikit lagi, Insya-Allah
Ke guane :)