Sunday, February 1, 2009

Tinta Baru di Era IT

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
Maha Penyayang


Memoir lama
Masih aku ingat ketika belajar dulu, perit aku kumpulkan duit untuk membeli sebuah mesin taip guna untuk aku siapkan assignment. Campur duit pinjaman KPM dengan duit bulanan ehsan ayahanda, tercapai juga cita-citaku yang satu itu. Harga sebuah mesin taip ketika itu mahal sungguh, sekitar RM300. Mesin taip aku bukan sebarang, mesin taip aku berjenama, mesin taip aku Olivetti. Bukan calang-calang orang yang dapat mengadakannya.

Sebaik saja habis solat Isyak berjemaah surau, aku terus balik ke dorm, jauhnya tiga blok dari surau di tingkat dua. Buka baju, buka kipas terus mengadap mesin taip, maklumlah mesin taip baru, ada semangatlah sikit – lagipun assignment bertambun-tambun tengah menunggu giliran. Roommate aku, Azhar Hassan nak pergi beli makan di bawah, cafetaria – aku pesan satu bungkus sirap limau dan tiga ketul karipap. Biasalah, kirim air liur, nanti ada duit baru aku bayar.

Aku ketuk-ketuk mesin taip itu sampailah dekat subuh hari. Itupun tak siap-siap juga, esok dateline. Tapi aku tak panik, kalau terpaksa sangat – copy saja member punya, biasalah. Aku masih ingat – taip, taip alamak! silap. Mikro dieja makro, bahasa dieja basa. Terkial-kial aku mencari Liquid Paper. Senang saja cara pakainya. Sapu pada perkataan yang salah, semudah A. B. C. Kemudian, ketuk lagi, mikro ejanya mikro, bahasa ejanya bahasa.

Aku berhenti sekejap bila terasa lenguh jari-jemari ini. Aku kepal kuat-kuat, aku lepas, aku kepal lagi, kemudian aku lepas lagi buat melegakan urat-urat jari. Sengal sendi tulang empat kerat ini, kira menitis jugalah peluh nak menyiapkan satu assignment. Tapi paling aku bangga, bila sudah siap, sudah hantar – dapat A, alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah. Kira berbaloilah apa yang aku usahakan selama ini, ketuk-ketuk mesin taip itu. Itulah tinta aku yang paling canggih sekali selepas jenuh bertinta dengan pen bermata bola.

Era bekerja
Kemudian, telah sampai era sekarang – dipanggil orang era teknologi maklumat atau popularnya IT. Telah berubah cara hidup orangnya, cara pakainya, begitu juga alat-alatnya yang canggih-canggih belaka. Budak-budak U, budak-budak poli pun aku tengok, tengok mesin taip macam tengok besi buruk saja. Mereka dah tak pakai mesin taip lagi. Mesin taip mesin buruk – tak laku lagi, tinta lama. Mereka sekarang pakai tinta baru di era baru, era IT ini – canggun lagi, canggih campur anggun. Tinta baru yang dipanggil orang – komputer!

Ilham rasa,
Abuyon
Keramat Wangsa, 1997



Tulisan di atas adalah karya kali pertama saya ketika cuba-cuba menulis untuk dihantar ke mana-mana majalah, tetapi tak pernah dihantar pun dan telah tersimpan begitu lama, sedekad lebih. Orang baru belajar menulis, begitulah gaya tulisannya. Tahun 1997, ketika itu internet belum meletup, blog lebih-lebih lagilah. Jadi, di kesempatan ini, saya tujukan, dedikasikan nostalgia, tulisan tersebut kepada rakan-rakan sepoliteknik serta pensyarah-pensyarahnya, rakan-rakan seusrah, abang-abang senior lebih-lebih lagi khasnya kepada coursemate saya kursus STK/PKB/1992-94.


Dari tarikan nafas,
@buyon

11 comments:

  1. Salam abuya...
    Nice artikel..pengalaman brharga tu..

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat. Moga beroleh manafaat di blog ini. Pengalaman adalah guru yang paling berkesan.

    ReplyDelete
  3. Salam pak cik.

    Suka baca artikel lama-lama begini. Ada nostalgia! =)

    ReplyDelete
  4. salam Balqis,

    Baca juga yang lain-lainnya, sebab artikel saya bukan tulisan yang ditulis hari-hari. Jadi, boleh baca sokmo

    Bagaimana dengan artikel Tundukkan Pandangan, sudah baca belum? Atau untuk Palestin, Saat Langit Berwarna Merah Saga

    ReplyDelete
  5. Salam pok cik...

    InsyaAllah...
    Sambil-sambil takdo wak gapo ni. He...
    Tajuk menarik juga yang abuyon letak tu.

    ReplyDelete
  6. salam Balqis,

    Selain faktor blog, antara faktor saya mula menulis ialah Palestin. Bakti saya untuk mereka, sekurang-kurangnya.

    Well, you can call me, abuya if you want. Everybody around me, call me abuya including my sons .. he

    Kalau perasan, kat atas blog ni kat search tu ada tulis, panggilan saya yang orang panggil hari-hari :)

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Ooo...

    Well, abuya then it will be from now on! He...

    ReplyDelete
  8. salam Balqis,

    Oraait .. we done, well done
    he

    ReplyDelete
  9. sungguh hebat tulisan bu yon.manusia menilai n allah lebih2 lg menilai

    ReplyDelete
  10. ramadhan...kau dtg lg..penuh istmewa.datg dan pergi lumrah dunia.tahun seterusnye apakah kta masih bersama?

    ReplyDelete
  11. Kita ikhtiar, kepada-Nya kita
    berserah

    Moga beroleh rasa, Haku
    Insya-Allah

    ReplyDelete