Friday, July 31, 2009

Ketika Rindu Bertasbih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Maha Penyayang

Hey kawan, siapa pula yang kau rindu-rindu tu ha

Ya Tuhan, hati saya melonjak-lonjak rindu. Memang saya rindu padanya. Terlukis di kanvas rasa terpendam, penuh dan berdenyut dalam. Ah, rindu itulah. Terkadang sampai menitiskan airmata. Entah, mengapa. Barangkali mengenangkan banyaknya dosa, hati lagha sewaktu bersama. Ya, sudah lama kita tidak berjumpa, meski lidah saya sentiasa basah menyebut-nyebut nama, menyebut tentang diri tuan empunya.

Wahai, yang ditunggu-tunggu hampir datang. Wahai, sudi juga tuan bertandang, setelah hampir setahun kita berjauhan. Ahlan, ahlan ya Ramadhan, bukan Ramadhan yang Nia itu ya kawan-kawan. Saya menunggu tuan bak pungguk merindukan bulan. Mampirlah, mampirlah ya Ramadhan yang mubarak, penuh rahmat lagi barakah. Rindu padamu akan reda sedikit saja masa lagi, Insya-Allah saya optimis.



Demikianlah rahsia hati saya yang terpendam, penuh dan berdenyut dalam [diulang]. Sebaik habis Ramadhan yang lepas dan sebelumnya pun, lidah ini senantiasa basah dengan firman Tuhan yang ini, yang satu ini.


[Al-Baqarah : 183]

Ketika rindu bertasbih, inilah ayat-ayat Tuhan yang saya mengaji sokmo. Inilah ayat-ayat Tuhan yang saya baca selalu, baca sokmo. Yang sering diulang-ulang bila saja lidah ini melantunkan. Ketika di pejabat dan komputer di depan. Ketika memandu atau kaki berjalan. Ketika berkumpulan lebih-lebih lagi berseorangan. Ketika menulis atau membaca, kertas dan paparan. Ketika bersama, isteri tercinta dan anak-anak cahayamata. Ketika bila-bila saja, kecuali saat dua mata ini jenere atau lena.

Tetapi tuan, saya mengaji bukan sebarang. Ayat dibaca bukan sebagai yang biasa-biasa. Bermacam gaya dibacakan, dengan bermacam nada dan lagu pula. Kadang lagu tinggi, kadang lagu rendah, kadang lagu sedih sayu, kadang lagu semangat ceria. Tetapi maaflah tuan, ia bukan lagu Hijjaz, Raz, Bayati atau Nahwan. Mutawali bukan, Sudais pun bukan. Ia lagu yang tak pernah didengar orang.

Ah, lagu sendiri tuan, bukan lagu qari atau yang mengaji, penuh dan dalam. Yang pasti, ia berulang-ulang. Ia bacaan dari hati yang asyik, melimpah tubek ke gulungan dan lembut lidah. Tuan rasa pening, saya diamlah. Tuan diam, saya teruskanlah.

Inilah ayat-ayat rindu, barangkali. Diulang-ulang yang itulah juga, lain tiada. Ah, barangkali kawan kita hafal hanya ayat itu saja. Ayat lain, dia tak tahu. Ayat lain, dia tak hafal pula. Sebab itulah, yang diulang-ulang yang itu juga. Dia asyik sendiri. Kadang lupa dia dengan kelalang dan keliling. Adat orang merindu, belum jumpa dengan empunya badan - nama itulah asyik diulang-ulang, tak makan saman dan tak pandang kiri, kanan juga.



Ketika rindu bertasbih lagi, lain dari mengaji - berdengunglah pula di pekak udara - nasyid-nasyid meraikan Ramadhan yang jarang-jarang pula didengar orang. Kadang jadi ejekan, kadang jadi ikutan, tak tahulah pula saya kalau jadi bahan umpatan. Maklumlah menyanyikan lagu Ramadhan di bulan orang sedang menikmati makan dan kehidupan. Tambah pula dengan suara kawan kita yang serak-serak sumbang. [Cubalah cari tuan, nasyid-nasyid Ramadhan dendangan Nada Murni. Siapa yang tak biasa, dia pasti tak tahan. Justeru, hayatilah ia dengan penuh perasaan dari dalam].

Orang nyanyi lagu riang, dia nyanyi lagu Ramadhan. Orang dengar lagu hiburan, dia dengar lagu mengingatkan Tuhan. Hey kawan, tolong la. Jangan buat lain pada orang. Baiklah, sejuta terima kasih kerana mengingatkan, tetapi tuan, rasanya saya lebih suka mengikut yang Tuhan. Sebab bagi saya, itulah hiburan. Lebih-lebih lagi ketika kerinduan.

Yup, aku rindu kepadamu ya Ramadhan, kerana denganmu aku ada daya dan upaya – dengan izin Tuhan – untuk berlapar dahaga, menjaga pandangan, tak mmbuh bicara yang bukan-bukan, bersedekah ringan tangan, rok berjamaah dan tarawih di masjid dan surau, tahajud bangun malam, sujud lama-lama dan berdoa menadah tangan, merayu berbisik dan bermunajat serta membaca selalu kalam Tuhan.

Tuan, saya gembira bila datangnya Ramadhan, tetapi sedih sangat bila perginya Ramadhan, kerana mengingatkan nasyid inilah - yang sering pula terngiang-ngiang tatkala keseorangan. Nasyid ini adalah tarbiyyah untuk meningkatkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan, Insya-Allah.



Harapan Di Bulan Mulia

Tuhan telah sering ku terdengar
Tentang kebesaran bulan Ramadhan
Di dalam Al-quran dan sabda junjungan
Hanya aku yang sering melupakannya

Di bulan yang mulia ini
Laut pengampunan-Mu tiada bertepi
Rahmat dan nikmat tiada terbilang
Syurga terbuka dengan seluasnya

Tuhan ku sedari kelemahan diri ini
Yang tidak istiqamah dalam beribadah
Ramadhan berlalu ibadah pun berkurangan
Begitulah diriku yang sering kelalaian

Semoga di Ramadhan kali ini
Dapat ku perbaiki kelemahan diri
Akan ku cuba mendidik nafsuku
Agar subur kehambaanku terhadap-Mu

Lailatul qadar pasti menjelma
Buat mereka yang menunggunya
Para malaikat merendahkan sayapnya
Meratakan rezeki untuk semua

Bimbinglah aku menuju jalan-Mu
Tingkatkan iman dan ketaqwaan
Agar hatiku tetap pada-Mu
Biarpun ramadhan telah berlalu


Munsyid :
Asri yang Nada Murni,
bukan Rabbani


Begitu, ahlan wa sahlan selamat datang marhaban bi kum ke kem latihan dan tarbiyyah ruhiyyah saya alu-alukan – pada diri, isteri, anak-anak dan rakan taulan serta pembaca budiman sekalian.
Artikel ini sebagai pemangkin untuk kawan-kawan, menyambut Ramadhan.

Bertasbihlah rindu menggamit kau datang,
ya Ramadhan!

Dari tarikan nafas,
@buyon



Di kesempatan ini, saya mengajak kawan-kawan untuk satu kempen yang saya namakan Ramadhan Zero Defect. Jom kita letak logo di atas di blog masing-masing, sebagai tanda meraikan kedatangannya sepanjang Ramadhan, yang sumbernya saya ambil dari
http://moeys.net [kredit untuk designer - Moey].

Dan sebagai MOU
, bolehlah kawan-kawan linkkan logo itu kepada http://abuyon.blogspot.com [kalau sudi] supaya pembaca faham apa dan kenapa kempen ini diwujudkan. Moga-moga beroleh barakah dari-Nya, kerana kita meraikan bulan-Nya yang mulia ini.

Ramadhan Zero Defect

22 comments:

  1. Assalamu'alaikum Wr.Wb.
    Sebelumnya saya ingin mengucapkan terima kasih atas kunjungan Anda.

    Sungguh sejuk hati membaca artikel Ketika Rindu Bertasbih, saya pun ikut merasakannya.

    Semoga menjelang Ramadhan dan saat menjalaninya nanti, kita semua diberikan kesehatan dan ditetapkan keimanan oleh Allah SWT.

    Mohon ijin Abuyon, untuk saya meletakkan logo RZD di blog saya.

    Insya Allah berguna bagi saya dan semuanya
    dan menjadi amal ibadah untuk Abuyon.
    Amiin Allahuma Amiin.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam ya lina. Alhamdulillah, satu suara sudah menyahut. Saya akan linkkan lina di pautan khas RZD. War-warkan juga pada sahabat yang lain ya :)

    Moga kita mendapat barakahnya, Ramadhan. Moga kita tergolong dalam orang yang merai dan menyambutnya, Ramadhan. Moga ada cinta dan kasih Tuhan untuk kita.

    O ya jangan lupa blog sajak saya :), di http://hijau-tinta.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum...
    Senang sekali saya dapat berkunjung ke sini dan membaca serta memetik hikmah dari untaian kata-kata yang penuh isi dan mampu menjadi inspirasi untuk bersujud lebih abadi...
    wassalam...

    ReplyDelete
  4. Cuba ... dah banyak kali

    Mungkin berjaya kali ini

    ReplyDelete
  5. Pak Din, dalam 100 cuba, satu pasti kena Insya-Allah. Kadang bila ditilik semula, bukan hasil itu jadi nilaian tetapi usaha kita itulah, yang bersungguh yang bersusah payah.

    Saya ada sajak pendek Ramadhan.

    Ramadhan, kau datang dan pergi
    tapi aku masih begini.
    ___

    Sebab itulah, saya meratapi kelemahan diri ini. Nasyid itu menginsafkan, sebab memang ia menggambarkan saya pula. Lemah tapi mahu.

    ReplyDelete
  6. Salam Lis. Moga-moga beroleh rasa dan faham juga di laman ini .. Insya-Allah. Tulisan kita tak beri makna apa-apa melainkan hati Lis juga yang ikhlas menerimanya.

    Terus bertamu di sini ya, dan menyokong kempen RZD itu .. kalau sudah letak logo RZD, beritahu saya (nak link kan di blog ini) khas untuk mereka yang mahu kempen ini :)

    ReplyDelete
  7. salam..saya turut merindui ramadhan..sudah cuba melapangkan masa sebanyak mungkin demi ramadhan..insyaallah akan saya tampalkan logo itu..terima kasih ^^

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Iliana. Saya akan link blog pada My RZD Blog list saya. Jika ada rezkinya, saya aka buka blog baru khas RZD di mana kawan-kawan boleh letak n3 apa saja sajak ke artikel ke hanya tentang Ramadhan. Moga jadi, Insya-Allah

    ReplyDelete
  9. Sungguh menarik entri tuan ini.

    Terima kasih atas cadangan menulis kisah pahlawan Islam bernama TIMURLINE.

    Dia pahlawan Monggol Islam berfahaman Syiah. Walau Islam dia bertindak kejam terhadap orang Islam terutama yang bukan berfahaman syiah. Kisahnya memang menarik kalau dijadikan novel. Tapi kena bincang dulu dengan penerbit :)

    ReplyDelete
  10. Salam Pak Latip. Menarik lagi jika yang membacanya beroleh rasa.

    Timurlane yang saya kenal sumber utamanya buku Istanbul : Iktibar Sebuah Empayar oleh saudara Pahrol

    Harap dapat banyak lagi dari Pak Latip, Insya-Allah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Suatu usaha yang baik Insya'Allah. Moga diberkati Allah Ta'ala hendaknya.

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam ya syeikh. Baik kita tak hendak, aksi yang kita mahu. Gimana? kalau sudah tampalkan di blog sana, bagitau blog sini ya :)

    ReplyDelete
  13. Assalaamu alaikum
    ketika Rindu bertasbih..? Cam judul film. he he he..
    Ap akabar..?

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam wm wbt,

    Benar syeikh. Judul filem itulah inspirasinya. Lantas, gimana dengan offernya .. RZD itu? :)

    Adapun saya, alhamdulillah, baik-baik saja. Syeikh pula, gimana apakah rindu mula bertasbih saat ini? :)

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumsalam wm wbt,

    Ahlan Bujang Susah. Moga Allah menyenangkan :).

    Puji dan puja hanya untuk Dia. Gerak kita,gerak Dia. Ada ilham dari-Nya, hamba menulis.

    O Tuhan, jangan Kau keringkan
    apa yang telah Kau basahkan
    ilham!

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum pak cik,
    (Maaf, dah terbiasa panggil pak cik)

    Sebenarnya, saya baru membaca pesanan pak cik di shoutbox tentang kempen RZD. Makanya, copy paste dan tampal logo ini sahaja, bukan? Begitu?

    Sedikit terlambat melawat di sini. Rasanya belum terlambat lagikan? =)

    ReplyDelete
  18. salam Balqis,

    Apa khabar Balqis? Puasa kat Malaysia atau Russia ke .. ke tak puasa ke he

    Pakcik pun pakciklah (baca macam pakcik yang berlakon filem P.Ramlee, cangkul pun cangkullah)..he

    Baru baca, wa sampainya hati, tapi bak kata orang tua orang putih, better late than never.. he Ramadhan tak habis lagi, so masih valid.

    Orait, saya link blog Balqis di my RZD blog list, O ya ajak juga kawan-kawan and let me no ya.

    O ya, sejuta terima kasih kerana sudi menyahut kempen. Moga-moga Allah memurahkan rezki Balqis kerana memuliakan bulannya. Moga-moga diberikan barakah-Nya, kita semua.

    ReplyDelete
  19. Salam Pak cik abuyon, he

    Sekarang sudah berada di Ukraine (negara bersebelahan Russia). Rindunya Ramadhan di Malaysia.

    Orang tua orang putih... he

    Terima kasih, InsyaAllah...

    Amin!!!

    ReplyDelete
  20. salam Balqis,

    Alhamdulillah, alangkah seronoknya dapat bermusafir.

    Moga beroleh pengalaman dan pengetahuan
    yang bermanafaat, moga menjadi
    doktor yang cemerlang, solehah
    dan ke hadapan.

    Doktor, kan .. he

    ReplyDelete
  21. salam Abuya,

    Alhamdulillah...

    Terima kasih atas du'anya! InsyaAllah...

    Ya, doktor InsyaAllah.

    ReplyDelete
  22. salam Balqis,

    Hmm .. begitu, kalau doktor
    rasa pening, tertekan masa
    belajar ... ambillah wudhuk
    dan bacalah Al-Quran

    atau

    ambillah tasbih, tenangkan hati
    berzikirlah .. lidah dan
    hati mengingat maknanya

    ReplyDelete